Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)
Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.
ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT
Wednesday, November 13, 2013
Perbaiki Amal Zahir dan Batin Kalian Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT
Amalkanlah Lima Perkara Untuk Menghalang Gangguan Syaitan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Amalan-amalan Yang Boleh Meningkatkan Iman
- Bersihkan Rumah Dari Setiap Perhiasan Yang Menyerupai Patung-Patung Dan Berhala. dan Gambar-gambar Makhluk Bernyawa di Dinding-dinding Rumah.
- Banyakkan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Soleh Dan Melibatkan Diri Dengan Majlis-Majlis Ilmu.
- Mudah Untuk Memberikan Kemaafan Di Atas Kesalahan Orang Lain Terhadap Kita.
- Bila Berada Dalam Keadaan Marah Janganlah Berlebihan, Ingatlah Sifat Marah Itu Adalah Berasal Dari Syaitan.
- Banyak Mengerjakan Sembahyang Berjemaah Terutama Di Masjid.
- Banyakkan Berdoa, Berzikir Dan Bertahmid Kepada Allah S.W.T.
- Banyakkan, Beristighfar Dan Memohon Taubat Kepada Allah S.W.T.
- Cintailah Seseorang Kerana Allah Tetapi Tidak Berlebihan.
- Hargailah Setiap Pemberian Dan Hadiah Dari Orang Lain Kepada Kita.
- Jangan Terlalu Tamak Pada Harta Dan Banyakkan Bersedekah Walau Pun Hanya RM 1
- Jangan Terlalu Bercita-Cita Tinggi Terhadap Sesuatu Kedudukan.
- Jangan Berkeinginan Terlalu Tinggi Melebihi Dari Kemampuan Diri.
- Tidak Merasa Goyah Kerana Sesuatu Fitnah Yang Dilemparkan.
- Jangan Mencampuri Harta Yang Halal Dengan Yang Haram.
- Jangan Mempunyai Musuh Kecuali Iblis Dan Syaitan.
- Jangan Terlalu Takut Kepada Kemiskinan Dan Kesusahan.
- Jangan Melakukan Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Terganggu.
- Jangan Berkata Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Rasa Terhina.
- Jangan Cepat Percaya Kepada Berita Buruk Mengenai Sahabat Kita Sebelum Diperiksa Akan Kebenarannya.
- Jangan Melengah-Lengahkan Tanggungjawab Dan Kewajiban.
- Jangan Terlalu Banyak Membuat Hutang.
- Jangan Terlalu Mudah Membuat Janji, Tetapi Tidak Menunaikannya.
- Jangan Menyimpan Dendam Dan Berkeinginan Untuk Membalas Kejahatan Dengan Kejahatan.
- Jangan Menyimpan Benci Terhadap Orang Yang Membenci Kepada Kita.
- Jangan Membiasakan Diri Dengan Berkata Dusta Dan Berbohong.
- Jangan Membuka Aib Orang Lain.
- Jangan Bersedih Kerana Miskin, Dan Jangan Bersikap Sombong Kerana Kaya.
- Jangan Menghabiskan Waktu Untuk Sekadar Mendapat Hiburan Dan Kesenangan Yang Melalaikan.
- Jangan Ada Rasa Takut Kecuali Kepada Allah.
- Jangan Membiasakan Diri Melakukan Dosa-Dosa Kecil.
- Jangan Bersikap Sombong, Takabur, Angkuh Dan Besar Kepada Manusia.
- Jangan Menzalimi Dan Mengianaya Anak-Anak Yatim.
- Jangan Menghina Kepada Mereka Yang Suka Meminta-Minta, Hulurkan Sedekah “Kerana Allah” Sekadar Yang Mampu.
- Jangan Membuat Dosa Terhadap Kedua Ibu Bapa.
- Jangan Menyimpan Hasad Dengki Dan Dendam Di Atas Kejayaan Orang Lain.
- Jadilah Seorang Insan Yang Boleh Menyumbangkan Manfaat Kepada Agama dan Memberikan Kebajikan dan Kebaikan Kepada Masyarakat.
- Jangan Meraih Kejayaan Di Atas Penderitaan Dan Kesengsaraan Orang Lain.
- Jangan Mengumpul Kekayaan Tetapi Dengan Memiskinkan Orang Lain.
- Sentiasa Berlaku Adil Dalam Setiap Urusan Dan Pekerjaan.
- Sentiasa Memelihara Aurat Dari Pandangan Yang Bukan Mahramnya.
- Sentiasa Menghormati Dan Menyimpan Perasaan Kasih Kepada Guru-Guru Dan Alim Ulamak.
- Sentiasa Mengingati Kepada Kematian Dan Menyedari Bahawa Kehidupan Di Dunia Ini Adalah Sementara Sahaja.
- Sentiasa Berlaku Adil Walaupun Diri Kita Sendiri Yang Akan Menanggung Kerugian.
- Sentiasa Memelihara Dan Menjaga Amanah Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab.
- Sentiasa Memandang Kebawah Supaya Diri Kita Bersyukur Kepada Allah Di Atas Apa Yang Diberikan.
- Jangan Berputus Asa Bila Berhadapan Dengan Kesusahan.
- Kurangkan Percakapan Dan Perbualan Yang Mensia-siakan.
- Makanlah Dengan Secukupnya Tetapi Tidak Terlalu Kenyang Dan Berlebihan.
- Membanyakkan Membaca Al Quran Dan Meghayati Maksudnya.
- Menjauhkan Diri Dari Penyakit-Penyakit Batin.
- Membanyakkan Sembahyang Malam (Sunat) Dan Bertahajud.
- Membanyakkan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.
- Menyayangi Kepada Fakir Miskin Dan Sentiasa Berlaku Baik Terhadap Mereka.
- Menganggap Setiap Pertemuan Kerana Allah Dan Perpisahan Juga Kerana Allah.
- Sentiasa Berwaspada Dan Menjauhkan Diri Dari Dosa-Dosa Besar.
- Sentiasa Bersyukur Bila Mendapat Nikmat, Bersabar Bila Mendapat Kesulitan.
- Sentiasa Bertawakal Di Atas Setiap Kerja Dan Amal.
- Sentiasa Ikhlas Di Atas Setiap Kerja Dan Perbuatan.
- Tunaikanlah Janji, Bila Telah Diikrarkan Dan Mintalah Maaf Bila Tidak Dapat Melaksanakannya.
- Yakin Diri Setiap Kebajikan Akan Mendatangkan Kebaikan Dan Setiap Kejahatan, Akan Mendatangkan Kerosakan.
- Sentiasa Menghormati Kepada Setiap Orang Walau Pun Dia Lebih Muda Dari Kita.
Tuesday, November 12, 2013
Memperbanyak istighfar, taubat dipermudahkan rezeki
BERITA HARIAN 2013/11/11M Oleh Hashim Ahmad
REBUT PELUANG BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
Tawaduk - Rendahkan diri
Tawaduk (tawadhdhuk atau dhi'ah), adalah lawan sifat sombong atau takbur, Tawaduk adalah perasaan, lintasan rasa rendah dan hina diri, termasuk pernyataan, perbuatan dan lisan. Dengan menyuburkan sifat dan sikap merendah diri dan hina, seseorang akan dapat mencegah penyakit takbur dan juga ujub.
Tawaduk diertikan oleh Imam Hassan Al-Basri ialah seseorang itu tidak melihat dirinya lebih daripada orang lain.
Buya Hamka dalam bukunya “Peribadi” ada menulis bahawa “Tawaduk” itu bukanlah semata-mata merendah diri sehingga tidak bisa nampak pandangan hadapan. Tetapi “Tawaduk” itu ialah merendah diri pada tempat dan ketika yang sesuai dan “Izzah Diri” pada tempat dan ketikanya.
Ini adalah salah satu pesanan Lokmanulhakim kepada anaknya, “Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”
Allah Ta'ala berfirman,
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepada ku, hendaklah kamu semua bersikap tawadduk, sehingga tidak ada seseorang yang membanggakan dirinya kepada atas orang lain - yakni merasa dirinya lebih mulia dari orang lain - dan tidak pula seseorang itu menganiaya orang lain kerana orang yang dianiaya dianggapnya lebih hina dari dirinya sendiri." (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan, sopan santun dan merendah diri." (HR. Ad-Dailami)
Rasulullah saw bersabda, "Allah tidak akan memberi tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf kecuali kemulian, dan tiada seorang pun yang merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah kecuali Allah akan memberi darjat yang tinggi kepadanya." (HR. Muslim)
Wallahu a'lam.
BAIK AKHLAK
BAHAYA DOSA
KELEBIHAN 10 MUHARAM
KESEDERHANAAN DALAM KEHIDUPAN (QANAAH)
Wednesday, November 6, 2013
Salam Maal Hijrah 1435
Sempena bulan Muharam ini saya kongsikan bersama apa istimewanya Hari Assyura yang ada dalam Muharam ini.
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Artinya: Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا ؟ قَالُوا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ