Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Wednesday, November 13, 2013

Perbaiki Amal Zahir dan Batin Kalian Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Hidup di dunia ini adalah umpama persinggahan tempat rawat dan rehat (R & R). Perhentian sementara untuk membersihkan diri, tidur seketika, solat, qada hajat, makan, minum, isi minyak kenderaan dan memeriksa kenderaan. Distinasi sebenar masih jauh lagi, masih memerlukan komitmen untuk meneruskan perjalanan supaya tidak tergendala di pertengahan jalan. Sekiranya di R & R kita leka dan tidak menggunakan masa yang ada untuk mengemaskan diri dan kenderaan, di khuatiri diperjalanan yang jauh berlaku kemalangan disebabakan mengantuk atau kerosakan dan kehabisan minyak kenderaan.

Oleh itu kalian perlulah sedar bahawa di dunia yang sementara ini, Allah SWT telah memberi masa yang cukup untuk kita persiapkan diri dengan amalan-amalan soleh, amal ibadah, jihad dan pengorbanan, menghiasi diri dengan akhlak yang mulia dan  mengutamakan amalan-amalan kerohanian yang tinggi.

Untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah SWT yang di redai-Nya maka amalan zahir dan batin perlu berjalan serentak tidak boleh di pisahkan, umpama isi dengan kuku atau malam dengan siang . Diantara satu dengan lain saling lengkap melengkapi. Sekiranya salah satu daripadanya cacat atau tidak berfungsi maka akan berlakulah ketempangan dan tidak berlaku keseimbangan.

Sahabat yang dimuliakan,

Amalan zahir yang utama terletak pada Rukun Islam yang lima iaitu mengucap dua kalimah syahadah (Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya), solat fardu lima waktu, puasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan fardu haji ke Baitullah (jika ada kemampuan). Amalan zahir yang lain yang dituntut untuk di laksanakan umpama solat sunat, puasa sunat, sedekah, membaca al-Quran, membantu orang Islam lain dari kesusahan , berdakwah dan mengerjakan amar makruf nahi mungkar dan lain-lain lagi.

Amalan batin yang dituntut adalah khusyuk dalam solat, ikhlas, bertakwa, bertawakkal, tawaduk, rasa takut (khauf), rasa mengharap (rojak), baik sangka, syukur, sabar dan membina sifat-sifat mahmudah yang terdapat dalam hati.

Berhati-hatilah kalian di dalam melaksanakan syariat lahir dan batin, janganlah dicampur adukkan di antara kebaikan dan kemungkaran. Satu masa melakukan ketaatan dan pada masa yang lain melakukan kemungkaran, dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Umpamanya melakukan perintah fardu di samping amalan sunat, adakalanya pemurah dan lemah lembut, tetapi dalam masa yang sama kehidupannya masih lagi terlibat dengan riba, mendedahkan  aurat, pergaulan bebas, mengumpat, memfitnah, mencerca, sombong dan cinta dunia.

Imam al-Ghazali ada berkata : "Kalau kamu tidak boleh (belum mampu) bangun untuk solat tahajud malam (amalan sunat), jangan buat dosa (haram) di siang hari. Kerana tidak ada gunanya berbakti kepada Allah di malam hari (tahajud) tetapi derhaka (buat perkara haram) di siang hari."

Sahabat ada menceritakan pada Nabi SAW. peribadi seorang wanita, iaitu pada siang harinya ia berpuasa sunat dan pada malam harinya ia solat tahajud, tetapi ia suka menyakiti hati jirannya, maka Nabi SAW. menyatakan bahawa tempat tinggal wanita itu adalah di neraka! nauzubillah.

Nabi SAW pernah bersabda maksudnya: "Siapa yang beriman kepada Allah SWT. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran" (Hadis Riwayat Bukhari)

Sahabat yang dihormati,

Janganlah kalian menjadi seperti seorang yang banyak mengerjakan amalan-amalan lahir tetapi cuai terhadap amalan-amalan batin. Pada zahirnya nampak sempurna, baik, warak, sopan santun, lemah lembut tetapi hatinya penuh hasat dengki, buruk sangka, sombong, bakhil, riak, ujub, cinta dunia, mementingkan diri dan lain-lain lagi. Selain itu ia juga suka menghina dan memandang rendah kepada orang yang kurang ibadah, kerana menyangka dirinya hebat. Dia rasa tenang dan senang dengan ibadahnya dan rasa yakin akan selamat di hari akhirat. Ia menyangka dengan amalannya pasti Allah SWT akan berinya kedudukan yang mulia di dalam syurga.

Hakikat sebenarnya orang seperti ini di anggap derhaka pada Allah dalam amalan taatnya dan ia sebenarnya jauh dari Allah SWT dan hatinya terputus dengan Allah SWT.

Oleh itu dalam menilai amalan, biarlah amalan kalian sedikit walaupun sekadar buat yang fardu dan sedikit yang sunat sahaja, tetapi di hati tersemat rasa takut pada Allah SWT. dan merasai tawaduk dan ikhlas. Walaupun amalan sunat dan ibadah seseorang nampak hebat, tetapi selagi hatinya tidak zuhud dengan dunia, masih ada riak dan ujub selama itu ibadahnya tidak ada nilai di sisi Allah SWT. dan belum tentu Allah SWT terima amalan tersebut.

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Ada pun orang yang enggan dan menyombongkan diri maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih."
(Surah Al-Nisaa ayat 173).

Rasulullah SWT. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya yang amat aku takuti sekali di antara segala perkara yang terjadi ke atas kamu ialah syirik kecil." Sahabat bertanya : "Apakah syirik kecil itu?" Baginda SAW. menjawab : "Ialah riak (beramal dengan tidak ikhlas) kerana menunjuk-nunjukkan amalan." Kemudian baginda SAW  menyambung : "Di akhirat kelak, iaitu sewaktu setiap manusia melihat amalannya, Allah SWT .berfirman yang bermaksud : "Pergilah kamu semua kepada sesuatu yang kamu niatkan (menunjuk-nunjukkan ) amalan kamu ketika di dunia. Lihatlah apa yang kamu  boleh perolehi balasan dari mereka itu." (Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi).

Nabi SAW  pernah bersabda maksudnya: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat biji sawi dari sombong" (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah maksudnya :"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nikmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka"

Sahabat yang dikasihi,

Akhirkata, pertingkatkanlah amalan kalian samaada yang zahir dan batin. Laksanakanlah dengan hati yang ikhlas dan tawaduk, tanpa mengharapkan pujian dan sanjungan manusia, nescaya amalan kalian akan diterima dan diredai oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. Wallahualam.

Amalkanlah Lima Perkara Untuk Menghalang Gangguan Syaitan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh





Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Musuh utama manusia yang tidak kelihatan adalah Iblis dan syaitan laknatullah. Iblis telah berjanji dihadapan Allah SWT dia akan menggoda Anak Adam dan menyesatkan mereka hingga keakhir hayat. Allah SWT benarkan permintaan Iblis tetapi Allah SWT menjelaskan dia akan gagal menggoda dan menghasut anak Adam yang ikhlas semata-mata kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman:  "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah.' Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya roh (ciptaan) Ku; hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. ' Lalu seluruh malikat itu bersujud semuanya, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir. " (Surah Shad ayat 71-74) 

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Allah berfirman: 'Hai Iblis, apa yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi? 'Iblis berkata: 'Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.' Allah berfirman: 'Maka keluarlah kamu dari syurga; sesungguhnya kamu adalah orang yang terkutuk. Sesungguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan.' Iblis berkata: 'Ya Tuhanku, bertangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.' Allah berfirman: 'Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).' Iblis menjawab: 'Demi kekuasaan-Mu, aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.'" (Surah Shad ayat 75-83) 

Terdapat lima amalan yang menjadi senjata untuk menghancurkan Iblis laknatullah dan amalan ini adalah amalan orang-orang mukmin, yang telah sebati dalam hati dan jiwanya.

Pertama :  Lidahnya sentiasa basah berzikir kepada Allah SAW samaada ketika berseorangan , bersama keluarga atau dengan orang lain.

Sabda Nabi SAW  yang bermaksud, " Sebaik-baik zikir ialah Laa Ilaaha Illallah."

Baginda bersabda yang bermaksud : "Selalulah kamu mengucapkan : Laa Illaaha Illallah dan beristighfar kepada Allah dan banyakkanlah kamu menyebut keduanya itu, kerana Iblis berkata : Aku binasakan manusia dengan noda dan dosa dan aku pula dibinasakan oleh manusia dengan Laa Ilaaha Illallah dan istighfar." (Hadis Riwayat Abu Ya'laa r.a)

Disebut dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW. berkata yang bermaksud : "Barangsiapa yang dapat akhir kalam ketika hendak matinya menyebut kalimah Laa Ilaaha Illallah nescaya dia akan dimasukkan kedalam syurga".

Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya :"SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, LAILAHAILLALLAH,ALLAHU AKBAR,WALAHAULAWALA KUWATAILLA BILLAH sesungguhnya ia adalah BAQIYAYATUSSALIHAT, kalimat ini menghapus dosa-dosa sebagaimana daun-daun akan berguguran daripada pohonnya di musim dingin dan kalimat ini juga sebagai khazanah di dalam syurga."(Hadis riwayat Tabrani)

Kedua : Banyakkan bersedekah.

Banyakkan bersedekah dan ringan tangan untuk menghulur sedekah dan derma tanpa diketahui oleh sesiapa, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Untuk bersedekah ia merasakan tidak perlu untuk menjadi kaya dahulu baru hendak menghulurkan bantuan, tetapi memadailah menghulurkan apa sahaja yang termampu, dengan hati yang ikhlas.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya? Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Nabi SAW  baginda bersabda maksudnya : "Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan shalat berjamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seseorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk bezina), tapi ia mengatakan: "Aku takut kepada Allah", seseorang yang diberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kanannya, dan seseorang yang berdzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya." (Mutafaqun'alaih)

Ketiga :  Hatinya sentiasa beristighfar kepada Allah SWT.

Beristighfar kepada Allah SWT perlu dilakukan setiap hari sebanyak yang mungkin. Perlunya memohon keampunan kehadrat Allah Azzawajalla kerana kita merasakan terlalu banyak dosa-dosanya  yang telah dilakukannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)

Sabda Rasulullah SAW : 

قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً (صيحيح البخاري)

Maksudnya : “Demi Allah, sungguh aku beristighfar pada Allah dan bertobat padanya setiap hari lebih dari tujuh puluh kali” (Hadis Riwayat Bukhari) 



Allah SWT. berfirman yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Zaariyaat ayat15-18)

Keempat : Sentiasa membaca kitab suci al-Quran .

Jiwanya merasa gelisah sekiranya sehari ia tidak dapat menatap lambaran kitab suci al- Quran kerana didalamnya mengandungi seribu hikmah dan pengajaran untuk menjadi peduman hidup didunia ini.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebajikan, dan satu kebajikan itu nilainya 10 kali ganda seumpamanya. Aku tidak berkata bahawa Alif Lam Mim itu adalah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Tirmizi)

Daripada Anas bin Malik r.a Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :"Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumahtangga kamu dengan solat dan dengan membaca al-Quran"
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Kelima : Qiyamulail dan bertahajud.

Amalan qiyamulalil dan bertahajud adalah amalan-amalan orang soleh. Dimalam hari  ketika ramai manusia sedang lena dibawa mimpi-mimpi yang indah ia bangun ditengah malam untuk qiyamulail dan bertahajud, bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT  hingga menitiskan air mata penyesalan.

Firman Allah SWT maksudnya :“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Israa’ ayat 79)

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu qiamulail (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” ( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Sahabat yang dikasihi,

Oleh itu jadikanlah lima amalan tersebut sebagai kebiasaan dan terus istiqamah sebagai amal soleh yang dilaksanakan untuk mencari keredaan Allah SWT Sesungguhnya amalan-amalan tersebut adalah amalan orang-orang soleh yang sentiasa yang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah SWT dan akan menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan. 

Amalan-amalan Yang Boleh Meningkatkan Iman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Iman kadangkala meningkat, kadangkala menurun. Ibarat pasang surutnya air laut. Sebenarnya pasang surutnya Iman mempunyai hubungkait  yang jelas dengan kadaran amalan kita mengingati Allah SWT (zikrullah). Terdapat pelbagai cara dan kaedah zikrullah, antaranya membaca Al-Quran, bersolat, beristighfat, bertasbih, bertahmid, bertakbir dan pelbagai amalan yang akan menghidupkan hati yang mati dan memberi tenaga (cas) keatas iman yang lemah . Secara umumnya zikrullah adalah mengingati Allah SWT setiap masa dan ketika.

Terdapat beberapa amalan yang ditinggalkan oleh umat Islam hingga menyebabkan iman mereka menjadi lemah dan tidak bertenaga dan ada pula di antaranya iman mereka telah "mati" dan tidak berfungsi untuk menjadikan individu tersebut menjadi seorang mukmin yang bertakwa .

Selain daripada ibadah khusus terdapat lagi beberapa jalan dan amal soleh yang boleh menghidupkan iman kita kepada Allah SWT. Jalan-jalannya adalah seperti berikut :
  1. Bersihkan Rumah Dari Setiap Perhiasan Yang Menyerupai Patung-Patung Dan Berhala. dan Gambar-gambar Makhluk Bernyawa di Dinding-dinding Rumah.
  2. Banyakkan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Soleh Dan Melibatkan Diri Dengan Majlis-Majlis Ilmu.
  3. Mudah Untuk Memberikan Kemaafan Di Atas Kesalahan Orang Lain Terhadap Kita.
  4. Bila Berada Dalam Keadaan Marah Janganlah Berlebihan, Ingatlah Sifat Marah Itu Adalah Berasal Dari Syaitan.
  5. Banyak Mengerjakan Sembahyang Berjemaah Terutama Di Masjid.
  6. Banyakkan Berdoa, Berzikir Dan Bertahmid Kepada Allah S.W.T.
  7. Banyakkan, Beristighfar Dan Memohon Taubat Kepada Allah S.W.T.
  8. Cintailah Seseorang  Kerana Allah Tetapi Tidak Berlebihan.
  9. Hargailah Setiap Pemberian Dan Hadiah Dari Orang Lain Kepada Kita.
  10. Jangan Terlalu Tamak Pada Harta Dan Banyakkan Bersedekah Walau Pun Hanya RM 1
  11. Jangan Terlalu Bercita-Cita Tinggi Terhadap Sesuatu Kedudukan.
  12. Jangan Berkeinginan Terlalu Tinggi Melebihi Dari Kemampuan Diri.
  13. Tidak Merasa Goyah Kerana Sesuatu Fitnah Yang Dilemparkan.
  14. Jangan Mencampuri Harta Yang Halal Dengan Yang Haram.
  15. Jangan Mempunyai Musuh Kecuali Iblis Dan Syaitan.
  16. Jangan Terlalu Takut Kepada Kemiskinan Dan Kesusahan.
  17. Jangan Melakukan Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Terganggu.
  18. Jangan Berkata Sesuatu Yang Menyebabkan Orang Lain Rasa Terhina.
  19. Jangan Cepat Percaya Kepada Berita Buruk Mengenai Sahabat Kita Sebelum Diperiksa Akan Kebenarannya.
  20. Jangan Melengah-Lengahkan Tanggungjawab Dan Kewajiban.
  21. Jangan Terlalu Banyak Membuat Hutang.
  22. Jangan Terlalu Mudah Membuat Janji, Tetapi Tidak Menunaikannya.
  23. Jangan Menyimpan Dendam Dan Berkeinginan Untuk Membalas Kejahatan Dengan Kejahatan.
  24. Jangan Menyimpan Benci Terhadap Orang Yang Membenci Kepada Kita.
  25. Jangan Membiasakan Diri Dengan Berkata Dusta Dan Berbohong.
  26. Jangan Membuka Aib Orang Lain.
  27. Jangan Bersedih Kerana Miskin, Dan Jangan Bersikap Sombong Kerana Kaya.
  28. Jangan Menghabiskan Waktu Untuk Sekadar Mendapat Hiburan Dan Kesenangan Yang Melalaikan.
  29. Jangan Ada Rasa Takut Kecuali Kepada Allah.
  30. Jangan Membiasakan Diri Melakukan Dosa-Dosa Kecil.
  31. Jangan Bersikap Sombong, Takabur, Angkuh Dan Besar Kepada Manusia.
  32. Jangan Menzalimi Dan Mengianaya Anak-Anak Yatim.
  33. Jangan Menghina Kepada Mereka Yang Suka Meminta-Minta, Hulurkan Sedekah “Kerana Allah” Sekadar Yang Mampu.
  34. Jangan Membuat Dosa Terhadap Kedua Ibu Bapa.
  35. Jangan Menyimpan Hasad Dengki Dan Dendam Di Atas Kejayaan Orang Lain.
  36. Jadilah Seorang Insan Yang Boleh Menyumbangkan Manfaat Kepada Agama dan Memberikan Kebajikan dan Kebaikan Kepada Masyarakat. 
  37. Jangan Meraih Kejayaan Di Atas Penderitaan Dan Kesengsaraan Orang Lain.
  38. Jangan Mengumpul Kekayaan Tetapi Dengan Memiskinkan Orang Lain.
  39. Sentiasa Berlaku Adil Dalam Setiap Urusan Dan Pekerjaan.
  40. Sentiasa Memelihara Aurat Dari Pandangan Yang Bukan Mahramnya.
  41. Sentiasa Menghormati Dan Menyimpan Perasaan Kasih Kepada Guru-Guru Dan Alim Ulamak.
  42. Sentiasa Mengingati Kepada Kematian Dan Menyedari Bahawa Kehidupan Di Dunia Ini Adalah Sementara Sahaja.
  43. Sentiasa Berlaku Adil Walaupun Diri Kita Sendiri Yang Akan Menanggung Kerugian.
  44. Sentiasa Memelihara Dan Menjaga Amanah Dengan Penuh Rasa Tanggungjawab.
  45. Sentiasa Memandang Kebawah Supaya Diri Kita Bersyukur Kepada Allah Di Atas Apa Yang Diberikan.
  46. Jangan Berputus Asa Bila Berhadapan Dengan Kesusahan.
  47. Kurangkan Percakapan Dan Perbualan Yang Mensia-siakan.
  48. Makanlah Dengan Secukupnya Tetapi Tidak Terlalu Kenyang Dan Berlebihan.
  49. Membanyakkan Membaca Al Quran Dan Meghayati Maksudnya.
  50. Menjauhkan Diri Dari Penyakit-Penyakit Batin.
  51. Membanyakkan Sembahyang Malam (Sunat) Dan Bertahajud.
  52. Membanyakkan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.
  53. Menyayangi Kepada Fakir Miskin Dan Sentiasa Berlaku Baik Terhadap Mereka.
  54. Menganggap Setiap Pertemuan Kerana Allah Dan Perpisahan Juga Kerana Allah.
  55. Sentiasa Berwaspada Dan Menjauhkan Diri Dari Dosa-Dosa Besar.
  56. Sentiasa Bersyukur Bila Mendapat Nikmat, Bersabar Bila Mendapat Kesulitan.
  57. Sentiasa Bertawakal Di Atas Setiap Kerja Dan Amal.
  58. Sentiasa Ikhlas Di Atas Setiap Kerja Dan Perbuatan.
  59. Tunaikanlah Janji, Bila Telah Diikrarkan Dan Mintalah Maaf Bila Tidak Dapat Melaksanakannya.
  60. Yakin Diri Setiap Kebajikan Akan Mendatangkan Kebaikan Dan Setiap Kejahatan, Akan Mendatangkan Kerosakan.
  61. Sentiasa Menghormati Kepada Setiap Orang Walau Pun Dia Lebih Muda Dari Kita.

Sahabat yang dikasihi,

Jika kita berlapang dada dan dapat mengamalkan perkara-perkara di atas, memberi kekuatan diri kita sebagai seorang mukmin yang beriman dan bertakwa dan akan suburlah iman yang ada di dalam diri kita. Jika belum semua amal-amal soleh itu dapat kita amalkan maka teruskanlah usaha dan beristiqamahlah kerana sesungguhnya segala kebaikan yang kita lakukan akan menjadikan diri kita mulia di sisi Allah SWT. Tidak ada balasan yang lebih baik melainkan balasan syurga. Wallahualam.

Tuesday, November 12, 2013

Memperbanyak istighfar, taubat dipermudahkan rezeki

BERITA HARIAN 2013/11/11M Oleh Hashim Ahmad


Allah SWT dan Rasul-Nya tidak meninggalkan umat Islam tanpa petunjuk dalam usaha mencari penghidupan kerana rezeki diatur serta dijelaskan. Allah SWT akan memudahkan jalan untuk mendapat rezeki dari setiap arah.

Selain berdoa kepada Allah SWT, umat Islam juga dianjurkan sentiasa bertaubat supaya segala urusan mereka dipermudahkan dan setiap permintaan dimakbulkan seperti berlaku kepada Nabi Nuh yang diceritakan dalam al-Quran. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12). 

"Maka aku katakan kepada mereka: Mohon ampunlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" Surah Nuh, Ayat 10-12

Beristighfar adalah meminta ampun dan semua itu diterjemahkan dalam bentuk ucapan serta perbuatan. Bertaubat meninggalkan dosa, menyesali dosa dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. Jika kamu mengerjakan yang demikian, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai pada waktu yang telah ditentukan, dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut akan ditimpa seksa hari kiamat.” (Surah Hud, ayat 3).

Imam Al-Qurthubi mengatakan, inilah buah istighfar dan taubat iaitu Allah SWT akan memberikan kenikmatan kepada kalian pelbagai manfaat berupa kelapangan rezeki dan kemakmuran hidup serta Allah tidak akan menyeksa kalian seperti dilakukan-Nya terhadap orang yang dibinasakan sebelum ini.

Menyedari hakikat ini, bagi orang yang mengharapkan rezeki, hendaklah bersegera memperbanyak istighfar, baik dengan ucapan mahupun perbuatan. Hendaklah mengelak daripada menjadi pendusta. 
Pada masa sama, tidak jemu berusaha melakukan kerja untuk menjamin kehidupan yang selesa kerana kesenangan tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan kesediaan berkorban. Dalam mengejar kesenangan hidup, jangan pula dilupakan persediaan membina kebahagiaan di akhirat.

REBUT PELUANG BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

BERITA HARIAN 2013/11/12  Oleh Amran Zakaria
  
Anak yang memberi layanan baik, bersabar menjaga orang tua dianugerahkan syurga

Kasih ibu yang sejati tidak boleh dinilai dengan harta benda, mahupun wang ringgit dan emas permata. 

Mereka yang mempunyai anak pasti dapat menjiwai betapa hebat dan meluasnya kasih sayang ibu terhadap anak.  

Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati" - Riwayat al-Hakim

Rasulullah SAW bersabda: “Jaga baik-baik ibumu, kerana sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.” ( Riwayat An-Nasa’ie dan Ahmad) 

Pengorbanan ibu yang tiada bandingannya itu telah diiktiraf dan diperakui Rasulullah SAW melalui sabda Baginda: “Reda Allah bergantung pada reda dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat Al- Hakim) 

Rasulullah SAW juga membawa khabar gembira kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa di mana sebagai balasan, Allah SWT mengampuni mereka. Baginda juga membawa berita buruk kepada yang menderhaka ibu bapa kerana Allah SWT tidak akan memberi keampunan.

Rasulullah SAW bersabda: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.” (Riwayat al-Hakim) 

Imam al-Ghazali berkata, cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan di akhirat nanti. Maknanya, mereka yang memberi layanan buruk kepada kedua ibu bapa akan diberi layanan buruk juga di hari pembalasan kelak.

Binasalah mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah lanjut usianya, sedangkan mereka tidak berbakti terhadap kedua-duanya. Hal itu terus menjadi ujian kepada anak-anak yang menyebabkan mereka terhalang daripada mencium syurga Allah SWT.

Abdullah bin Amr berkata, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama Baginda kerana aku ingin mencari reda Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang ke sini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis. Lalu Baginda menasihati lelaki itu seraya bersabda: Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis.” (Riwayat Ibnu Majah) 

Islam memberi sanjungan yang tinggi buat seorang ibu. Anak dilarang keras menyergah atau menyakiti ibu sendiri apa lagi memaki hamun serta membiarkan ibu dalam keadaan merempat. Jika ini berlaku, anak telah menempah untuk menghuni neraka sejak hidup di dunia lagi.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhaka kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Nasa’ie, Bazzar dan al-Hakim) 

Ketika berada pada usia tua, ibu hilang semua tenaga, semakin lemah dan memerlukan penjagaan yang rapi. Mereka juga mudah tersinggung dan amat sensitif. Justeru, anak perlu faham keadaan ibu yang mengharapkan perhatian serta belaian anak. 

Diriwayatkan, pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah kepada sahabat itu dan mengatakan bukan saja harta, malahan dalam dirinya sendiri ada hak ibu bapanya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami mewasiatkan (memerintahkan) kepada manusia itu supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan, dan cerai susukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu. KepadaKu tempat kembali.” (Surah Luqman, ayat 14).

Mereka yang tidak berbakti kepada ibu bapa yang sudah lanjut usia, tindakan itu menyebabkan mereka terhalang daripada mencium syurga.

Ingatlah semua kita akan tua dan melalui hari-hari tua yang nasibnya tidak kita ketahui apakah akan berjalan baik atau sebaliknya. Jika kita mahukan anak berbakti kepada kita yang sudah tua nanti, tunjukkan contoh kepada anak dengan berbakti kepada ibu bapa kini.

Rebutlah peluang menjaga dan memelihara mereka supaya kita tidak dihantui penyesalan sepanjang hidup di dunia.

Tawaduk - Rendahkan diri

Tawaduk (tawadhdhuk atau dhi'ah), adalah lawan sifat sombong atau takbur, Tawaduk adalah perasaan,  lintasan rasa rendah dan hina diri, termasuk pernyataan, perbuatan dan lisan. Dengan menyuburkan sifat dan sikap merendah diri dan hina, seseorang akan dapat mencegah penyakit takbur dan juga ujub. 


Tawaduk diertikan oleh Imam Hassan Al-Basri ialah seseorang itu tidak melihat dirinya lebih daripada orang lain. 

Buya Hamka dalam bukunya “Peribadi” ada menulis bahawa “Tawaduk” itu bukanlah semata-mata merendah diri sehingga tidak bisa nampak pandangan hadapan. Tetapi “Tawaduk” itu ialah merendah diri pada tempat dan ketika yang sesuai dan “Izzah Diri” pada tempat dan ketikanya.

Ini adalah salah satu pesanan Lokmanulhakim kepada anaknya, “Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Allah Ta'ala berfirman, 

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

"Dan 'ibadurrahman (hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang) itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (Al Furqon: 63) 

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepada ku, hendaklah kamu semua bersikap tawadduk, sehingga tidak ada seseorang yang membanggakan dirinya kepada atas orang lain - yakni merasa dirinya lebih mulia dari orang lain - dan tidak pula seseorang itu menganiaya orang lain kerana orang yang dianiaya dianggapnya lebih hina dari dirinya sendiri." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan, sopan santun dan merendah diri." (HR. Ad-Dailami)

Rasulullah saw bersabda, "Allah tidak akan memberi tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf kecuali kemulian, dan tiada seorang pun yang merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah kecuali Allah akan memberi darjat yang tinggi kepadanya." (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.

BAIK AKHLAK

Rasulullah saw. bersabda, “Aku diutus oleh Allah ialah untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad) 

Allah berfirman, "Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung” (Al qalam : 4). 

Anas bin Malik ra. mengatakan : "Selama sepuluh tahun saya melayani rasulullah, belum pernah saya ditegur : mengapa engkau berbuat ini ? atau mengapa engkau tidak mengerjakan itu ?” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw. bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling saya kasihi dan yang paling dekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik kalian ialah yang terbaik akhlaknya.” (HR Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Bertaqwalah kepada Allah dimana jua engkau berada dan balaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

Nabi saw. pernah ditanya perihal orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda menjawab : “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

Rasulullah saw. bersabda, “ Yang paling memberatkan mizan (timbangan) pada hari kiamat adalah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

Rasulullah saw. bersabda, "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya". (HR Abu Dawud)

BAHAYA DOSA

Seorang hamba Allah, dikira berdosa, apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.

Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuatam maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, maupun di dunia. 

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguh akan Kami rasakan kepada mereka (yang melakukan dosa) sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain (sebelum) azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar) - (QS. al-Sajadah : 21).

Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan.Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan takwa.

Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.

Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Bahkan telah ternoda hati mereka (berkarat dengan noda sehingga menutupi hati) dengan apa yang mereka usahakan (dosa yang mereka lakukan)" - (QS. al-Nuthaffifin : 14).

Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.

Demikianlah dosa itu akan menjadi hijab yang mendindingi perhubungan seseorang dengan Allah Taala, terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar, malah sukar juga untuk memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain, sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa yang baru ini mungkin lebih besarkecelakaannya. Secara lambat atau segera, hamba Allah yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia :(a) ditimpa penyakit,(b) ditahan rezeki,(c) merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan mendapat kemewahan dan keni'matan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan.

Allah berfirman, "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik (mengazabkan) mereka secara beransur-ansur (istidraj) dengan cara yang tidak mereka ketahui - (QS. al-A'raf : 182).

Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali, "Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut. Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".

Wallahu a'lam.

Penulis: Muhammad Isa al-Jambuli 

KELEBIHAN 10 MUHARAM

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. 

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayyidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahunnya."

Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayyidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun."  Sayyidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperolehi yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72) 

Nawawi al-Jawi mengatakan: “Sungguh telah datang hadis mengenai puasa dan memberikan kemudahan pada keluarga (pada hari Asyura). Ada pun selain keduanya tidak ada hadisnya.” (Nihayatul Zain, Dar al-Kutub al-Islamiyah, Hal. 226)

Wallahualam. 

*SELAMAT BERPUASA* (",)V

KESEDERHANAAN DALAM KEHIDUPAN (QANAAH)

Amru bin Harith r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika wafat tidak meninggalkan dinar, dirham, hamba sahaya lelaki atau perempuan, dan tiada sesuatu apa pun, kecuali keldai yang putih yang biasa ditungganginya dan sebidang tanah yang disedekahkan untuk kepentingan orang-orang yang merantau. 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

Rasulullah SAW selama hidupnya adalah seorang yang berperibadi sederhana. Meskipun memiliki kekuasaan yang besar, tidak sedikitpun dimanfaatkannya untuk memiliki harta yang berlimpah. Kesederhanaan Rasulullah SAW tidak terbatas pada sikap Baginda yang memang sangat sederhana, tetapi juga terhadap apa sahaja yang dimilikinya. Hal itu tampak jelas dalam kehidupan sehari-harinya. 

Rasulullah SAW bersabda: "Tiada hak bagi seorang anak Adam dalam semua hal ini kecuali rumah tempat tinggal, baju yang menutup auratnya, roti kering dan air." (HR Tirmidzi) 

Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahawa kadang-kadang Rasulullah SAW beserta keluarganya tidak makan beberapa malam, kerana tidak ada makanan dan kebanyakan makanan mereka terdiri dari roti dan tepung gandum.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang semakin materialistik, sikap sederhana adalah sesuatu yang jarang ditemui. Kebanyakan manusia cenderung mempertontonkan kemewahan dan berlebihan terhadap apa yang mereka miliki. Kebanyakan manusia merasa tidak pernah puas dengan apa yang telah mereka miliki. Ketika mereka telah dikurniakan oleh Allah SWT kendaraan berupa motosikal, mereka ingin memiliki kereta. Apabila hajatnya sudah dipenuhi, mereka berusaha memiliki kereta yang lebih mewah. Begitulah sifat tamak manusia yang akhirnya menyebabkan seseorang itu menjadi bakhil kerana takutkan kemiskinan atau berkurangnya harta kekayaan. 

Firman Allah SWT: “Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Ali Imran: 180) 

Perilaku di atas sering kali menjerumuskan manusia pada perilaku yang bertentangan dengan syariat Islam. Ketika manusia cenderung berperilaku berlebih-lebihan, sering kali pula manusia dibutakan matanya dengan melakukan perbuatan-perbuatan berupa perbuatan rasuah serta bentuk-bentuk kejahatan yang lain. Padahal, asas kesederhanaan adalah ‘Qanaah’ iaitu adanya rasa kecukupan pada dirinya dengan apa yang diterimanya. 

Hidup sederhana adalah hidup tidak berlebih-lebihan, tidak bersikap mempertontonkan kemewahan kepada orang lain, terutamanya terhadap jiran tetangga. Hidup sederhana juga bererti sentiasa berlaku adil serta mensyukuri nikmat yang telah diberikan Allah SWT. Sikap hidup sederhana juga bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya, menggunakan harta yang dimilikinya untuk kepentingan dan kemaslahatan umat, dan sentiasa berzakat dan bersedekah.

Firman Allah SWT: “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS Al-Hasyr: 9) 

Allah SWT juga berfirman: “Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS Al-Baqarah: 265) 

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh bahagia orang orang yang masuk Islam, rezekinya cukup dan Allah menjadikan dia qanaah, berhati rela menerima segala pemberianNya." (HR Muslim)

Hidup sederhana bukan bererti tidak diperkenankan memiliki harta kekayaan. Namun, dalam pemilikan harta kekayaan harus didapatkannya sesuai dengan aturan yang telah digariskan dalam syariat terutama yang halalan thoyyiba (halal lagi suci), bersih dari unsur rasuah, terhindar dari segala bentuk kebatilan dan kefasikan, atau jauh dari norma-norma Islam, tidak cacat dari sudut syarie, tiada kerakusan, tidak meminta-minta apatah lagi mengemis yang dapat menjatuhkan martabat secara peribadi atau kolektif.
Firman Allah SWT: “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezkikan kepadamu, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” (QS Al-Maidah: 88), Wallahualam.

Wednesday, November 6, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia menikmati tahun baru 1435 Hijrah. Semoga kebaikan dan kasih sayang sentiasa bersama kita semua. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kita semua dan dijauhkan dari segala musibah keburukan dan kejahatan. 

Sempena bulan Muharam ini saya kongsikan bersama apa istimewanya Hari Assyura yang ada dalam Muharam ini.


Dinamakan  Assyurakerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyura kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
1.  Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
2.  Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
3.  Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
4.  Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
5.  Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
6.  Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
7.  Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
8.  Allah menenggelamkan Fir’aun
9.  Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
10.  Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ .  Sebahagian lain berpendapat,  dinamakan hari Assyuuraa’ kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?”  Sabda baginda :
    • ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
    • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
    • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
    • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
    • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
    • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
    • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
    • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
    • Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
    • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
    • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
    • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
    • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
    • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
    • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
    • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
    • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
    • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

DALIL DASAR HUKUM PUASA MUHARRAM
- Bulan Muharram termasuk salah satu dari bulan yang 4 (empat) yang disebut dalam QS At Taubah 36: فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ
Artinya: Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.
- Hadits sahih riwayat Muslim
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Artinya: Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.
- Hadits sahih riwayat Muslim Nabi menganjurkan untuk puasa Asyura
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Artinya: Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.
- Hadits sahih riwayat Bukhari Muslim (muttafaq alaih) dari Ibnu Abbas tentang sunnahnya puasa hari Asyura (hari ke-10) bulan Muharram
مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Artinya: Aku tidak penah melihat Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.
- Hadits sahih riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَقَالَ مَا هَذَا ؟ قَالُوا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَهُ مُوسَى، قَالَ فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
Artinya: Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini
- Hadits sahih riwayat Muslim
” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Artinya: Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.
- Hadits sahih riwayat Tirmidzi tentang sunnahnya puasa Asyura dari Ibnu Abbas
أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر
Artinya: Rasulullah menyuruh berpuasa Asyura pada hari ke-10 (bulan Muharram)
- Hadits sahih riwayat Muslim tentang sunnahnya puasa Tasu’a (hari ke-9) pada bulan Muharram. Nabi bersabda: لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ
Artinya: Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sebaiknya dirujuk kepada yang arif dlm ilmu ini..