Ali bin Abi Talib r.a. berkata; Sewaktu
Rasullullah S.A.W. duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba
datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: "Ya Muhammad,
kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah
kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan
Allah atau malaikat muqarrab." Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:
"Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: "Silakan terangkan
kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda Rasullullah
S.A.W.:
Solat Zuhur -
jika tergelincir ia matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,
Solat Asar -
itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S.
memakan buah Khuldi,
Solat Maghrib - itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi
Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib enggan ikhlas kemudian
dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengabulkan
permintaannya.
Solat Isyak' - itu ialah sembahyang yang di kerjakan oleh
para Rasul-Rasul sebelumku,
Solat Subuh - adalah sebelum terbit matahari, ini kerana
apabila matahari terbitnya , terbit diantara 2 tanduk syaitan dan disitu
sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan
dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata, "Memang benar apa yang kamu
katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati
oleh orang yang sembahyang."
Rasullullah S.A.W. bersabda: "Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada
saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang
pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari
Kiamat."
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:
"Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah
Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir."
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca
ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali
sembahyang yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi
Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib
kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. "
Sabda Rasullullah S.A.W., "Solat
Isyak' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada
hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk
pergi menunaikan sembahyang Isyak' berjemaah, Allah S.W.T. haramkan dari
terkena nyalanya api neraka dan diberi Nya cahaya untuk menyeberangi titi
sirath."
Sabda Rasullullah S.A.W., "seterusnya
Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40
hari secara berjemaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq."
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan
dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: "Memang benarlah apa yang
kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W.). Kini katakan pula kepada kami semua
kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?"
Sabda Rasullullah
S.A.W., "Ketika Nabi Adam A.S. memakan buah pohon yang dilarang, lalu
makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian
Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari.
Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T.
kepada makhluk-Nya. "
Kata orang Yahudi, "Wahai Muhammad,
memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan
kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu."
Sabda Rasullullah
S.A.W., "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas
kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:
- Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh
dengan makanan yang haram).
- Rahmat Allah sentiasa
dekat dengannya.
- Diberi oleh Allah
sebaik-baik amal.
- Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
- Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
- Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang
- titian sirath.
- Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga."
Kata orang Yahudi,
"Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu
antara semua para nabi-nabi."
Sabda Rasullullah
S.A.W., "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan
umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi
syafaat pada umat saya di hari kiamat)."
Kata orang Yahudi,
"Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan
ucapan Asyhadu Allah illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa
tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)."
"Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar." – (Surah Al-Baqarah : 155)
Disebutkan di dalam
satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka
semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT
dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada
Rasulullah saw, "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak
di hari qiamat?"
Maka jawabnya
Rasulullah saw, "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh
WUDHU."
Bila qiamat datang
maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan
mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka,
akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu
sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,
sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah
disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK
BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
- Para Nabi
- Para Ahli Jihad
- Para Alim Ulama
- Para Syuhada
- Para Penghafal Al Quran
- Imam atau Pemimpin yang Adil
- Tukang Azan
- Wanita yang mati kelahiran/beranak
- Orang mati dibunuh atau dianiaya
- Orang yang mati di siang hari atau di malam
Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Di dalam satu riwayat
yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw, "Apabila datang
hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah
swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan; 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku
telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur! Mereka di
dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan
yang digoreng dan buah-buahan syurga.'"
Maka Malaikat Ridhwan
menyeru, "Wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum
baligh...", lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan
berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan
minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di
bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah
Al-Haqqah ayat 24 yang bermaksud; "Makan dan minumlah dengan sedap
disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
No comments:
Post a Comment