Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Thursday, August 15, 2013

Memahami Al-Quran

Bacaan surah An-Nisa’ ayat 82:


Hari ini kita akan membincangkan kepentingan mentadabbur isi Al-Quran. Tanpanya, bagaimana kita akan mendidik diri dan keluarga kita.

Terdapat banyak ilmu dalam Al-Quran – tapi kita perlu memahami kandungannya terlebih dahulu. Mulakan belajar maknanya dengan surah lazim terlebih dahulu.

Senarai soalan dan jawapan

S: Apakah maksud tadabbur Al-Quran?

J: Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, Allah menyatakan bahawa jika Quran tidak ditadabburkan, akan berlaku perselisihan faham dalam masyarakat. Oleh itu, ulama seperti Imam Al-Rozi, Imam Al-Baghawi menyatakan konsep taddabbur ialah memerhatikan kepada akibat dan kemungkinan terhadap sesuatu. Manakala ulama tafsir pula menyatakan maksud tadabbur ialah mengamati, meneliti, mengkaji maksud yang ingin disampaikan daripada Al-Quran. Dimana lagi kita ingin mencari solusi sekiranya kita tidak memahami kandungan Al-Quran? Walaupun kita sudah biasa dengar tanpa memahami, kita perlu berusaha memahami sedaya mungkin. Mungkin ada yang kata dirinya sudah berusia untuk belajar memahami Al-Quran, tetapi kita perlu ingat bahawa Nabi SAW sendiri menerima Al-Quran pada usia 40 tahun. Oleh itu, kita tiada alasan untuk tidak belajar Al-Quran.

S: Apakah kaitan pemaham dan penghayatan Al-Quran?

J: Faham itu tahu tentang sesuatu dan mengaitkannya dengan kehidupan kita. Contohnya kita tahu surah Al-Asr ialah berkenaan masa. Oleh itu, kita boleh kaitkan dengan masa dan pengurusan masa kita. Penghayatan ialah rasa tentang sesuatu. Rasa akan datang melalui amalan. Jadi setelah mengetahui tentang masa, paling kurang orang Islam kenalah pakai jam tangan dan mengharga kepentingan masa serta merancang penggunaan masa sebaiknya.

S: Kenapa kita perlu faham Al-Quran?

J: Matlamat Al-Quran ialah untuk difahami dan diamalkan, kerana:
  • Banyak ayat yang dibaca dalam ibadah terkandung dalam Al-Quran, dengan memahaminya, tentulah kualiti ibadah akan menjadi lebih baik. Begitu juga dengan doa yang banyak dipetik daripada Al-Quran.
  • Terdapat banyak formula (sumber ilmu) dalam Al-Quran yang boleh membantu kehidupan kita. Saintis telah banyak menemui ilmu-ilmu ini.
  • Al-Quran mencabar manusia untuk berfikir. Al-Quran mengalakkan kita mengkaji.
  • Untuk  mendapatkan kusyuk dalam ibadat dengan memahami makna ayat yang dibaca.
  • Al-Quran ini seperti GPS dalam kehidupan kita. Al-Quran akan bantu dengan membimbing kita melakukan yang betul dan meningalkan yang tidak baik.

S: Bagaimana cara untuk mula beramal dengan Al-Quran?

J: Al-Quran memang diturunkan untuk diamalkan dan bukan sekadar dibaca. Oleh sebab itu kita perlu memahaminya. Oleh itu, kita perlu belajar bahasa Al-Quran dan bukan bahasa Arab sahaja. Bahasa Al-Quran ada sastera yang tinggi. Kita boleh mulakan dengan surah yang mudah dahulu – contohnya surah Yaasin, ayat Kursi, ayat Seribu Dinar dan yang lain-lain. Penurunan Al-Quran juga berlaku dengan surah-surah yang pendek dahulu. Jikalau Al-Quran diturunkan sekaligus kepada Nabi SAW, tentulah manusia akan terkejut kerana terdapat banyak yang perlu diamalkan sekaligus. Itulah hikmahnya diturunkan Al-Quran sedikit demi sedikit. Kita mulakan memahami surah-surah lazim terlebih dahulu dan kemudian baru dipertingkatkan. Contohnya – ada ayat sebut tentang solat – oleh itu apabila kita menjaga solat dengan solat di awal waktu sudah menjadi satu cara kita beramal dengan kandungan Al-Quran.

S: Bagaimana cara untuk memahami Al-Quran?

J: Ada beberapa cara, antaranya:
  • Al-Quran bukan sekadar untuk difahami makna perkataanya sahaja, tetapi maklumat ringkas tentang Al-Quran seperti sejarah penurunannya, bilangan surah, bilangan ayat, hikmah susunan surahnya dan seumpamanya. Jika tak kenal Al-Quran, bagaimana untuk kita cinta Al-Quran?
  • Membaca makna per kata - Sekarang sudah ada Al-Quran per-kata yang boleh membantu kita memahami setiap perkataan dalam Al-Quran. Tak perlu dihafal tetapi perlu dibaca setiap hari (istiqamah).
  • Usahakan untuk belajar menulis Al-Quran – ianya mungkin susah bagi yang tidak biasa. Cara mudah jika tidak pandai ialah dengan menekap Al-Quran.
  • Belajar bahasa Arab
  • Kaitkan ilmu keduniaan yang dipelajari dengan Al-Quran.

S: Mohon ustaz  berikan contoh Al-Quran berkaitan kehidupan?

J: Ada banyak, antaranya:
  • Tentang pendidikan – Allah terangkan bahawa manusia dilahirkan tanpa mengetahui apa-apa. Oleh itu, ibubapa/guru perlu mengunakan deria pendengaran, penglihatan dan rasa untuk mendidik anak-anak. Ada anak yang belajar melalui ‘auditory’, ada yang perlukan pengalaman untuk belajar (kinetik) dan sebagainya
  • Tentang makanan – Allah terangkan kelebihan madu, buah tin, buah zaitun untuk manusia terus mengkaji kelebihan dan kebaikannya.
  • Tentang kepimpinan – Allah bertanya dalam Al-Quran – “Mengapa kamu tidak buat apa yang kamu katakan?” Dengan kata lain Allah mengingatkan pemimpin agar tidak memberi nasihat kosong kepad orang lain sedangkan dia sendiri tidak lakukan.

S: Bagaimana pemahaman generasi muda dengan Al-Quran?

J: Dapatan kajian seorang Prof. Emeritus Dato’ Ishak Harun pada 2011 menunjukkan bahawa 80% pelajar tingkatan 2 dan pelajar universiti tidak tahu makna surah Al-Fatihah, sedangkan sudah beribu kali membacanya dalam solat. Oleh itu, disamping maknanya, maklumat tentang Al-Quran seperti sejarahnya, penulisannya perlu juga diketahui.

S: Adakah Al-Quran boleh difahami oleh semua lapisan umur?

J: Ya, kerana inilah mukjizat Al-Quran. Pemahaman setiap peringkat umur adalah berbeza mengikut ilmu yang mereka miliki. Pemahaman seorang anak kecil tentulah tidak sama dengan pemahaman seorang saintis yang membaca sepotong ayat yang sama.

No comments:

Post a Comment