Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Friday, July 31, 2015

Menuju Syurga Part II

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat, saudara, saudari yang dirahmati Allah,

Bertemu kembali kita dalam perjalanan "Menuju Syurga" Part II
  1. APAKAH KEKUATAN YANG KITA TELAH PEROLEHI - Dengan usaha doa kita dan kekuatan cinta yang ingin kita dambakan seperti yang saya terangkan di dalam "Menuju Syurga Part I".
  2. APAKAH MOTIVASI CINTA YANG ALLAH BERIKAN - Dengan permohonan dan usaha kita dalam mendekatinya. Adakah kita dapat melihat kasih sayang Allah dan baginda Rasulullah?
  3. APAKAH KEMAHUAN DAN KEDEKATAN CINTA YANG DAPAT KITA RASAKAN - Dengan menghayati ciptaan Allah, mengutip kebenaran mengapa dan kenapa yang berlaku dalam kehidupan kita yang lalu.
  4. APAKAH CAHAYA CINTA MULA MEMBERI SINARAN BUAT PERJALANAN KITA - Dengan pembaikan akhlak dan usaha kita dalam memahami ibadah wajib yang Allah perintahkan dan ibadah sunat yang menjadi sunnah Rasulullah.
  5. APAKAH KITA MULA MERASAKAN KEDAMAIAN DAN KETENANGAN DALAM PERJALANAN MENUJU SYURGA INI?
  6. ATAU APAKAH KITA MASIH BELUM MERASAKAN APA-APA DAN KEHILANGAN ARAH?
Sahabat yang dikasihi,

Jalan Menuju Syurga itu adalah perjalanan yang penuh liku. Lihatlah sendiri dengan mata kasar, bagai mana kita mencuci pakaian yang kotor dengan debu dan habuk, dengan palitan lumpur dan darah. Bagaimana ia harusnya dicuci? Itu baru kekotoran pakaian yang kita perolehi dalam satu hari. Bagaimana dengan dosa yang kita telah langkau seusia diri yang menginjak 30 tahun, 40 tahun, 50 tahun atau sedang menunggu Allah menarik segala nikmat yang dikurniakan seusia hidup ini. Bagaimanakah caranya kita nak mensucikan diri yang penuh dengan dosa dan noda yang anggota dan hati kita lakukan.

Teruslah bermohon, teruslah memohon keampunan. Perbanyakkanlah zikir dilidah dan hati. 

Doa saranan Rasulullah
* Maklumat lanjut - Cuba cari lagi rujukan lain berkaitan.


Doa memohon Keampunan Nabi Yunus

* Maklumat lanjut - Cuba cari lagi rujukan lain berkaitan.

Sahabat, saudara, saudari yang dikasihi,

Dalam perjalanan menuju Syurga, semak semula perjalanan diri. Adakah diri kita ini telah melaksanakan ibadat wajib yang Allah perintahkan. Semak diri, amalan sunnah apa yang kita usahakan. Perbaiki perjalanan ibadah umum dan ibadah khusus. Hidup kita ini sentiasa dipenuhi dengan ibadah umum dan perjalanan ibadah ini perlu dilaksanakan dengan sifat-sifat mahmudah dengan niat kerana Allah jua.

Sahabat, saudara, saudari yang dikasihi,

Jika kita berlapang dada dan dapat mengamalkan perkara-perkara di atas, memberi kekuatan diri kita sebagai seorang mukmin yang beriman dan bertakwa dan akan suburlah iman yang ada di dalam diri kita. Jika belum semua amal-amal soleh itu dapat kita amalkan maka teruskanlah usaha dan beristiqamahlah kerana sesungguhnya segala kebaikan yang kita lakukan akan menjadikan diri kita mulia di sisi Allah SWT. Tidak ada balasan yang lebih baik melainkan balasan syurga. Wallahualam.

Bersambung Menuju Syurga Part III

Thursday, July 30, 2015

Mencari Syurga Part I

Mencari Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kehidupan dizaman ini, mencari maklumat Syurga itu terlalu mudah. Semuanya berada dihujung jari. Namun kekuatan menuju Syurga itu lebih hebat cabarannya berbanding perjalanan manusia sebelumnya. Cabaran menahan diri dengan apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, apa yang kita sentuh dan bisikan bisikan nafsu yang liar menyebabkan perjalanan menuju Syurga itu bagai meniti serpihan kaca dan merentas lautan api yang berusaha menenggelamkan kita yang terlalu lemah.

Sedangkan kepercayaan kita masih kita tidak dapat dibela, ini kan pula membawa kekuatan kepada orang lain.

Sungguh luar biasa, kuasa Allah mampu mengubah segalanya. Melalui cinta. Perasaan itu juga Allah telah latih kepada kita semenjak kecil. Kaedah untuk menumbuhkan cinta itu juga telah sebati dengan diri kita, namun kita tidak menyemaikannya ke arah jalan mencintai Allah dan Rasulnya.

  1. Kita memulakan hidup kita dengan mencintai ibu kita.
  2. Kemudian keluarga kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita.
  3. Mencintai apa yang kita sukai dan berusaha mendapatkannya dengan sesungguh-sungguhnya.
  4. Mencintai pekerjaan kita.
  5. Mencintai pasangan kita.
  6. Mencintai anak-anak kita.

Tapi bila kita berusaha untuk mencintai pencipta kita. Maka ini lah masanya.

Ahh.. mungkin sukar untuk mencintai pada yang kita tidak nampak. Apa yang kita perlu buat untuk menyemai rasa cinta ini?

  1. Mohonlah kepada Allah agar diberi pimpinan dan petunjuk.
  2. Mohon keampunan berulang kali, menyedari diri ini terlalu kotor untuk mencintai sesuatu yang ghaib dari mata kita maka sucikan lah diri sentiasa, setiap masa dan ketika.
  3. Tambah ilmu dengan alquran dan hadis.
  4. Perkukuhkan iman dengan ilmu Tauhid. Lihat apa yang Allah cipta, segalanya untuk siapa.
  5. Perhatikanlah pengalaman dan sistem kehidupan yang sedia ada.
  6. Ambil lah iktibar, dan kutiplah ilmu dari pengalaman diri dan orang lain.
  7. Perkukuhkan amalan yang mudah - (Ilmu yang diamalkan secara berterusan tidak akan hilang).
  8. Kenali Rasulullah dengan hadis dan tauladannya.
  9. Berusaha memperbaiki diri dan akhlak sesuai dengan ajaran Rasulullah.
  10. Jauhi perkara yang dilarang.
  11. Sebarkan kasih sayang.
  12. Belajar memasang niat setiap perbuatan dan tindakan. (DOA).
  13. Terus berdoa semoga Allah menambahkan rasa cinta kita kepada Nya dan RasulNya.
  14. Perbanyakkan membaca al quran dan hadis. Ambil pelajaran dan perbaiki akhlak.
  15. LIHATLAH SEGALANYA DENGAN CINTA- SEMUANYA HASIL DARI KASIH SAYANG ALLAH BUAT KITA untuk menjadi insan yang lebih baik.

Terlalu sukar untuk peringkat awal?
  1. Teruslah berdoa moga Allah memberi rezeki hidayah yang berkekalan.
  2. Terus berdoa agar Allah merezekikan kita dengan keampunanNya.
Setiap apa yang kita inginkan tidak datang dengan sendiri, tanpa kita menyuarakannya terlebih dahulu. Jika kita terus memohon pasti yang mendengar, akhirnya akan memberi juga, walaupun sedikit.

Bagaimana menghadapi cabaran dunia?
  1. Pasanglah niat dihati dengan sesungguhnya. Allah pasti akan membantu. "Selangkah kita menuju kepada Allah, seribu langkah Allah mendekati kita".
  2. Ingat permohonan mendapat cinta Allah itu lebih mudah Allah berikan berbanding kita memohon kekayaan didunia.
  3. Doa itu adalah kunci segalanya.
  4. Berusaha untuk melawan kehendak nafsu... "Apabila kita berjanji dengan manusia, kita berusaha tunaikan, maka berusahalah untuk tunaikan janji kita dengan ruh kita untuk mendekati Tuhan"
  5. Kurangkan makan.
  6. Kurangkan hiburan.
  7. Kurangkan bercakap perkara yang sia-sia
  8. Tundukkan hati. Pujuk hati selalu dengan Ilmu (Perkukuhkan Tauhid & Tasauf)
  9. Tenangkan jiwa. Kawal fikiran dengan Ilmu (Perkukuhkan Tauhid & Tasauf)
  10. Perbanyakkan membuat kebaikan dengan kasih sayang, tenaga dan wang ringgit.
Semoga Allah membantu kita semua dalam menuju ke Syurga yang sejahtera dan dijauhkan daripada seksaan Api Neraka. Amin

Wassalam.