Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Thursday, July 30, 2015

Mencari Syurga Part I

Mencari Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kehidupan dizaman ini, mencari maklumat Syurga itu terlalu mudah. Semuanya berada dihujung jari. Namun kekuatan menuju Syurga itu lebih hebat cabarannya berbanding perjalanan manusia sebelumnya. Cabaran menahan diri dengan apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, apa yang kita sentuh dan bisikan bisikan nafsu yang liar menyebabkan perjalanan menuju Syurga itu bagai meniti serpihan kaca dan merentas lautan api yang berusaha menenggelamkan kita yang terlalu lemah.

Sedangkan kepercayaan kita masih kita tidak dapat dibela, ini kan pula membawa kekuatan kepada orang lain.

Sungguh luar biasa, kuasa Allah mampu mengubah segalanya. Melalui cinta. Perasaan itu juga Allah telah latih kepada kita semenjak kecil. Kaedah untuk menumbuhkan cinta itu juga telah sebati dengan diri kita, namun kita tidak menyemaikannya ke arah jalan mencintai Allah dan Rasulnya.

  1. Kita memulakan hidup kita dengan mencintai ibu kita.
  2. Kemudian keluarga kita, adik beradik kita, kawan-kawan kita.
  3. Mencintai apa yang kita sukai dan berusaha mendapatkannya dengan sesungguh-sungguhnya.
  4. Mencintai pekerjaan kita.
  5. Mencintai pasangan kita.
  6. Mencintai anak-anak kita.

Tapi bila kita berusaha untuk mencintai pencipta kita. Maka ini lah masanya.

Ahh.. mungkin sukar untuk mencintai pada yang kita tidak nampak. Apa yang kita perlu buat untuk menyemai rasa cinta ini?

  1. Mohonlah kepada Allah agar diberi pimpinan dan petunjuk.
  2. Mohon keampunan berulang kali, menyedari diri ini terlalu kotor untuk mencintai sesuatu yang ghaib dari mata kita maka sucikan lah diri sentiasa, setiap masa dan ketika.
  3. Tambah ilmu dengan alquran dan hadis.
  4. Perkukuhkan iman dengan ilmu Tauhid. Lihat apa yang Allah cipta, segalanya untuk siapa.
  5. Perhatikanlah pengalaman dan sistem kehidupan yang sedia ada.
  6. Ambil lah iktibar, dan kutiplah ilmu dari pengalaman diri dan orang lain.
  7. Perkukuhkan amalan yang mudah - (Ilmu yang diamalkan secara berterusan tidak akan hilang).
  8. Kenali Rasulullah dengan hadis dan tauladannya.
  9. Berusaha memperbaiki diri dan akhlak sesuai dengan ajaran Rasulullah.
  10. Jauhi perkara yang dilarang.
  11. Sebarkan kasih sayang.
  12. Belajar memasang niat setiap perbuatan dan tindakan. (DOA).
  13. Terus berdoa semoga Allah menambahkan rasa cinta kita kepada Nya dan RasulNya.
  14. Perbanyakkan membaca al quran dan hadis. Ambil pelajaran dan perbaiki akhlak.
  15. LIHATLAH SEGALANYA DENGAN CINTA- SEMUANYA HASIL DARI KASIH SAYANG ALLAH BUAT KITA untuk menjadi insan yang lebih baik.

Terlalu sukar untuk peringkat awal?
  1. Teruslah berdoa moga Allah memberi rezeki hidayah yang berkekalan.
  2. Terus berdoa agar Allah merezekikan kita dengan keampunanNya.
Setiap apa yang kita inginkan tidak datang dengan sendiri, tanpa kita menyuarakannya terlebih dahulu. Jika kita terus memohon pasti yang mendengar, akhirnya akan memberi juga, walaupun sedikit.

Bagaimana menghadapi cabaran dunia?
  1. Pasanglah niat dihati dengan sesungguhnya. Allah pasti akan membantu. "Selangkah kita menuju kepada Allah, seribu langkah Allah mendekati kita".
  2. Ingat permohonan mendapat cinta Allah itu lebih mudah Allah berikan berbanding kita memohon kekayaan didunia.
  3. Doa itu adalah kunci segalanya.
  4. Berusaha untuk melawan kehendak nafsu... "Apabila kita berjanji dengan manusia, kita berusaha tunaikan, maka berusahalah untuk tunaikan janji kita dengan ruh kita untuk mendekati Tuhan"
  5. Kurangkan makan.
  6. Kurangkan hiburan.
  7. Kurangkan bercakap perkara yang sia-sia
  8. Tundukkan hati. Pujuk hati selalu dengan Ilmu (Perkukuhkan Tauhid & Tasauf)
  9. Tenangkan jiwa. Kawal fikiran dengan Ilmu (Perkukuhkan Tauhid & Tasauf)
  10. Perbanyakkan membuat kebaikan dengan kasih sayang, tenaga dan wang ringgit.
Semoga Allah membantu kita semua dalam menuju ke Syurga yang sejahtera dan dijauhkan daripada seksaan Api Neraka. Amin

Wassalam.

No comments:

Post a Comment