- Amal Ibadat yang ikhlas, melatih kita untuk berlapang dada dan redha dengan ketentuan Allah.
- Amal Ibadat yang dilakukan dengan khusyuk, melatih kita fokus bahawa kita adalah hamba Allah, didalam ibadat ataupun diluar ibadat. (dalam solat dan bukan solat).
- Mempasakkan pemahaman ke dalam diri bahawa setiap perlakuan diri itu adalah ibadat kepada Allah. Perhubungan sesama manusia, perhubungan dengan haiwan, tumbuh tumbuhan dan apa jua nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kita adalah pemegang amanah kepada agama kita. Buruk diri kita, maka buruklah pandangan orang lain kepada agama kita.
Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)
Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.
ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT
No comments:
Post a Comment