Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)
Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.
ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT
Wednesday, April 25, 2012
Bisikan Perjalanan Akhir
Adakah kita mula bersedia
Tanda Tuan dilahirkan hamba
Bangunan tinggi memasak dunia
Pelbagai gelombang telahpun tiba
Apa lagi ditunggu masa
masihkah tak cukup lagi semua
Oh sahabat, saudara dan anak-anak
berhentilah kita memikir sejenak
sambil memikir untuk bertindak
mulakan dengan dosa di talak
agar terpadam perkara yang tidak
Wahai rakan seiman dan seperjalanan
ayuhlah kita mula bisikkan
perjalanan tamat kian dihamparkan
tapi kita masih tiada kesedaran
Indah nian wangian kemewahan
mula membuta tiap ketuanan
ibu bapa mula dibudak budakkan
kemewahan dunia digula gulakan
wahai kekasih Allah yang aku cintai
Janganlah dikau bersedih hati
diatas segala yang terjadi
sesungguhnya usaha mu mulia sekali
tapi kesedaran kami lemah sekali
wahai seluruh yang bersumpah menurut nabi
kasihanilah diri sendiri
Nabi kita nabi sejati, tidakkah kita sematkan dihati
cuba mendekati apa yang baginda hajati
agar bersama di alam syurgawi
Moga Allah melembutkan hati, agar sentiasa mengingati mati,
Siapalah kita diakhir nanti ... sanggup ke? jatuh ke Neraka Ilahi
Marilah kita mula menginsafi bermula hari ini. Moga Allah memberkati
Amin.
Nukilan ; An Nur, 25 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
Tuesday, April 24, 2012
Manisnya 5 Sehari
Oleh mereka yang masih lemah iman
Menjadi agenda pokok perbincangan
Menjadi kempen jahiliyah kafiran
Memasak hati dengan kesabaran
Menunjuk rasa indahnya Iman
Abu Bakar As Sidik sentiasa membenarkan
Menjadi kuat kekuatan dalaman
Kasihnya Al-Amin terpasak dihati
Membawa solat 5 sehari
Indah di khabar Solat Ilahi
Dapat membahagia "Ummati, Ummati"
Apa dikata solat bahagia
Masih lemah dipegang umatnya
Mencari makna erti bahagia
Mari kita selami cara langkahnya
5 Sehari meresap jiwa Iman Ilahi
Memberi kekuatan kesihatan diri
Menyemai benih dialam syurgawi
Memelihara anggota dalaman diri
Kuatnya hati bertambah lagi
Penuh semangat indahkan syurgawi
5 sehari menjadi kunci
"Punch in" 6 minit ke dunia lagi
Dirindu lagi wajah syurgawi
Ditambah lagi yang sunat Nawawi
Bukan bahagia diharap duniawi
Bahagia Abadi kekal Syurgawi
Moga Allah memberi keindahan dan kemanisan dihati. Dapat menambah kekhusyukkan diri.
Amin.
Nukilan ; An Nur, 24 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
............... An Nur (Groping Light) ................
Menggilap Pelangi
Kunilai hari berkali-kali
Sayu hati menggamit lagi
Mengamit pencapaian pandangan Ilahi
Aku merenung kehidupan lalu
Kujalani penuh pelbagai liku
Dari rendahnya lautan ke tinggi langit biru
Lemah kugapai apa yang berlaku
Sesal berganti sedar kembali
memadam dosa menggilap pelangi
satu persatu aku selusuri
tidak henti memperbaiki diri
Sahabat Al-Amin aku teladani
belajar bersyukur nikmat Ilahi
Menghayati kesabaran dan keselamatan Ilahi
Terlebih sudah kita perolehi
Apa nikmat diharap lagi
Sudah sempurna anggota diberi
Panggilan Ilahi mari perkukuhi
Asas menjadi 5 sehari
Kukuh berdiri tersemat di hati
Moga Allah menempatkan hidayah kekal dihati. Dapat memperbaiki amalan diri.
Amin.
Nukilan ; An Nur, 24 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
Monday, April 23, 2012
Iman Ilahi Memanggil Lagi
Cahaya Ilahi datang menyinari
Kuasa firasat mula meresapi
Hanya yang tertentu akan memahami
Kasih Allah tidak terhingga
Membisik bahagia hingga ke Syurga
Tiada apa diharap di Dunia
Membuka abadi bahagia mulia
Amal sahabat dijadikan contoh
Menjadi panduan tanpa gopoh
Dihayati teratur di dalam ruh
Tidak sebahagian tidak separuh
Doa lemah menjadi berkuasa
Doa hina menjadi mulia
Doa miskin menjadi kaya
Segalanya menjurus keimananNya jua
Kuseru Allah berkali-kali
Merapat cahaya kekal abadi
Semoga motivasi sedia dihati
Mencari bahagia teman seinspirasi
Moga Allah melimpahi rahmat diatas segala pemberiannya. Apa pun jua segalanya hanya untuk Nya
Amin.
Nukilan ; An Nur, 23 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
................. An Nur (Groping Light) ..................
Sunday, April 22, 2012
Teladan Al-Amin dan Al-Faruq
Riwayat Al-Amin dan Al-Faruq silih berganti
Ku jelajahi tiada henti
Ruh Islam, Iman dan Ihsan
Begitu tinggi ku dakap menyentuh perasaan
Tanda hidupNya jadi teladan
Bergetar jiwa mengagamit kisahnya
riwayat berkisah mimpi malamnya
menjadi panduan maksud siangnya
Betapa susu jadi kekuatan
Menjadi makna seorang ilmuan
Kugamit makna tak keruan
Menjadi hikmah hidupku sezaman
Kisah hebat perjuang Islam
Hidup teragung disisi Tuhan
Namun dunia baginya untuk semalam
Syurga Allah miliknya tanpa sempadan
Beralas tikar bersilih jahitan
berbekas tidur menjadi lipatan
Segenggam gandum sahaja tersimpan
Menarik perih rasa kasihan
Tangis hati silih berganti
Menjadi iktibar bagi diriku ini
Apalah diharap nikmat duniawi
Janji Allah kekal Abadi
Moga Allah menambah ilmu ku lagi menjadi panduan pimpinan syurgawi.
Amin.
Nukilan ; An Nur, 22 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
................. An Nur (Groping Light) ..................
Ujian Datang Lagi
mengatur ilmu yang tak terperi
mengundang perit dihati
Ujian datang lagi
menduga hati yang tak berseri
mengundang getar dari ilahi
Ujian datang lagi
bak tiupan halilintar bertali
mengundang tangis dihati
Ujian datang lagi
aku kembali mendapat motivasi
dari janji Ilahi
Ujian datang lagi
mula memadam kehitaman hati
mencorak kebahagiaan abadi
Ujian datang lagi
memberi kesan hebat dalam diri
mengukuhkan iman di hati
Ujian datang lagi
aku berdiri menghadapi
penuh ketekunan memahami
Pastinya cuba aku lepasi
Nukilan ; An Nur, 22 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
....... An Nur (Groping Light) .....
Moga Allah sentiasa dihati dan memberkati setiap ujian yang dihadapi. Amin
Solat Dan Syurga Impian
mengutip benih terbaik
menyusun tertib di batas syurga
mengutip bata bata kukuh
membina mahligai bahagia
menyusun tertib di pasak syurga
mengutip wangian hebat
menyebar aura ketenangan
menyusun tertib di bumbung syurga
satu persatu ku rai dengan ke khusyukkan
Nukilan ; An Nur, 22 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
................. An Nur (Groping Light) ..................
Sesunguhnya Solat itu membina syurga impian kita kelak
Motivasi Bahagia Ilahi
Dikala Subuh Melebarkan Janji
Aku bagai dirantai lagi,
Lemah jiwa lemah anggota
Jauh dirantai dari mengadap Mu YaRabbi.
Dikala Subuh gelap datang lagi
Aku masih mencari kekuatan,
Melawan hamparan bisikan sipendusta
Mengumpul kudrat untuk berlawan.
Dikala Subuh gelap mengintai lagi
Jauh aku dibisik
Mencari kekuatan jiwa dan anggota
Kepada Mu jua aku bermohon
Dikala Subuh gelap memberi cahaya
kekuatan akal melawan jiwa
menggilap cinta kekal abadi
Aku bangkit dengan janji Ilahi.
Dikala Subuh gelap menyinar harapan Ilahi
Aku menyambut dengan Syukur Abadi.
Nukilan ; An Nur, 21 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
................. An Nur (Groping Light) ..................
Sesunguhnya Solat Subuh dan Isyak itu paling berat sekali.
Semoga Allah memberi kekuatan dan keberkatan dipagi yang berbahagia ini.
Friday, April 13, 2012
Ujian adalah saluran ilmu dari Allah – Cara Allah mendidik manusia
Dalam kehidupan seharian manusia tidak sesekali terlepas daripada kesusahan hidup. Hanya bagi mereka yang selalu bersabar akan menempuhi segala kesusahan hidup ini dengan tenang dan yakin segala kesusahan ini ada hikmah sebaliknya. Mereka yakin bahawa setiap liku kehidupan ini jika dilalui dengan sifat-sifat sabar, Allah S.W.T akan membalasnya dengan seribu kali kesenangan dan maka terimalah berita-berita gembira bagi orang-orang yang selalu bersabar seperti mana firaman Allah yang bemaksud:
“Demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.” ( Al-Baqarah, ayat 155)
Hakikatnya manusia sentiasa diuji Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan dan keyakinan mereka kepada-Nya. Apakah kita ini seorang yang bersikap sabar dan cekal hatinya atau mudah goyah imannya apabila diuji dengan pelbagai dugaan di dunia yg sementara ini?
Ujian Allah SWT kepada hamba-Nya meliputi semua peringkat usia, pangkat dan ujian ini Allah berikan tidak mengira tua muda, miskin kaya, mahupun pemimpin tertinggi atau rakyat biasa. Semuanya tidak terkecuali daripada mendapat ujian Allah SWT. Oleh yang demikian, kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bersabar dan bersyukur dalam keadaaan apa sekalipun kerana seseorang yang beriman itu meyakini setiap ujian itu satu penghapusan dosa dari Allah S.W.T.
Setiap kali Allah memberi ujian, saya akan berfikir … “kenapa aku sering diuji. Apa sebenarnya yang Allah ingin aku tahu atau apa yang Allah ingin aku perbetulkan” Kadangkala pemikiran dihasuti Syaitan apabila kerapkali dihantui dugaan.
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. “
Tetapi hari ini aku yakin dan percaya dan faham bahawa ujian adalah caranya Allah menyalurkan ilmu dan mendidik kita menjadi manusia yang lebih baik. Setiap ujian akan menaik tarafkan tahap ilmu dan pemahaman kita sebagai manusia untuk bersyukur dan menjadi manusia yang lebih baik ia dijelaskan oleh sabda Rasulullah.
Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan.
(Ganjaran adalah ilmu pengetahuan dan pemahaman berkaitan keimanan dan kepercayaan bahawa dalam kehidupan ini mempunyai hubungkaitnya dengan Allah. Setiap perintah dan larangannya punya hikmah dan kebaikan. Oleh itu setiap ujian pasti Allah ingin kita melepasinya)
Dan kini saya yakin Allah mahu saya melepasi setiap ujian yang diberi, agar nanti apabila ada manusia yang tertimpa perkara yang sama, saya akan dapat membantu mereka keluar daripadanya dengan izin Allah. Mulai hari ini saya akan bergembira apabila diuji Allah. Tentu anda semua tak terfikir bahawa dengan ujian kita mendapat pendidikan terus dari Allah. Tentu hebat berguru dengan Allah. Jika Allah guru kita maka kita haruslah menjadi manusia yang bijak menguruskan akal fikiran yang diberi Allah. Apa guna berguru dengan Allah tetapi akal fikiran terkurung hasutan Syaitan. Oleh itu marilah kita bergembira dengan ujian dan musibah yang Allah kurniakan… ia adalah sati hikmah dan anugerah yang terhebat buat diri kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dan meninggikan darjat disisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Hadith yang diriwayatkan oleh Anas ada menunjukkan setiap ujian itu adalalah suatu dari Allah;
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa setiap ujian yang Allah S.W.T berikan kepada hambanya yang bersabar dan cekal menghadapinya pasti Allah membalas mereka dengan balasan setimpal dengan kesabaran mereka iaitu syurga.Walau bagaimanapun, kita tidak perlu memiliki keyakinan dan keimanan yang lemah akan hikmah apabila diuji dengan percubaan. Ketahuilah bahawa Allah Ta’ala itu mencurahkan kasih sayang-Nya dengan mendatangkan berbagai cubaan kepada hamba-Nya semata-mata untuk mengampuni dosa-dosa hambanya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagi orang-orang yang beriman dan yang mahu memperkukuh serta menyempurnakan akidahnya, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangatnya untuk mengabdi diri kepada Allah serta meningkatkan ketakwaannya kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
Disamping memberi ilmu kepada kita semua di atas ujian yang diberikan malah kita diberi ganjaran Syurga pula. Jadi, apa lagi yang kita inginkan? Betapa Allah menyayangi kita semua dan sentiasa memelihara dan mendidik kita. Kenapa kita mesti bersangka buruk padanya. Allah memberi kita akal fikiran dan menjadikan kita sebagus-bagus makhluk dimuka bumi tapi apa yang kita telah lakukan? Apa yang kita usahakan. Perintahnya tidak memerlukan modal walau sesen pon. Itupun kita masih tak mampu laksanakan…
Bangkitlah wahai saudara saudari seperjuanagan dan seimanku.
Tetapi manusia selalunya malas dan sering menurutkan segala nafsu amarah dan nafsu keinginan yang tidak terkawal. Ia menjadikan manusia lemah dan malas mengubah mentaliti mereka. Orang yang tmemenjarakan mindanya, tidak akan pergi ke mana-mana, melainkan berlari di dalam bulatan semata-mata (seperti katak di bawah tempurung). Manusia tidak akan berubah selagi dia tidak mengubahkan cara dia berfikir. Jangan jadikan kemalasan sebagai penghalang terbesar kita mencari cahaya keimanan yang merupakan harta yang paling berharga buat bekalan Akhirat.
Sesungguhnya Allah amat menyayangi orang yang berusaha memperbaiki dirinya dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik. Berusahalah. Marilah kita semua mencari kebahagiaan dari pendidikan percuma yang Allah berikan dari semasa kesemasa.