Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Monday, April 23, 2012

Iman Ilahi Memanggil Lagi

Ketika iman Al-Faruq kukuh dihati
Cahaya Ilahi datang menyinari
Kuasa firasat mula meresapi
Hanya yang tertentu akan memahami

Kasih Allah tidak terhingga
Membisik bahagia hingga ke Syurga
Tiada apa diharap di Dunia
Membuka abadi bahagia mulia

Amal sahabat dijadikan contoh
Menjadi panduan tanpa gopoh
Dihayati teratur di dalam ruh
Tidak sebahagian tidak separuh

Doa lemah menjadi berkuasa
Doa hina menjadi mulia
Doa miskin menjadi kaya
Segalanya menjurus keimananNya jua

Kuseru Allah berkali-kali
Merapat cahaya kekal abadi
Semoga motivasi sedia dihati
Mencari bahagia teman seinspirasi

Moga Allah melimpahi rahmat diatas segala pemberiannya. Apa pun jua segalanya hanya untuk Nya

Amin.

Nukilan ; An Nur, 23 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia

................. An Nur (Groping Light) ..................

No comments:

Post a Comment