Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)
Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.
ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT
Sunday, April 22, 2012
Teladan Al-Amin dan Al-Faruq
Riwayat Al-Amin dan Al-Faruq silih berganti
Ku jelajahi tiada henti
Ruh Islam, Iman dan Ihsan
Begitu tinggi ku dakap menyentuh perasaan
Tanda hidupNya jadi teladan
Bergetar jiwa mengagamit kisahnya
riwayat berkisah mimpi malamnya
menjadi panduan maksud siangnya
Betapa susu jadi kekuatan
Menjadi makna seorang ilmuan
Kugamit makna tak keruan
Menjadi hikmah hidupku sezaman
Kisah hebat perjuang Islam
Hidup teragung disisi Tuhan
Namun dunia baginya untuk semalam
Syurga Allah miliknya tanpa sempadan
Beralas tikar bersilih jahitan
berbekas tidur menjadi lipatan
Segenggam gandum sahaja tersimpan
Menarik perih rasa kasihan
Tangis hati silih berganti
Menjadi iktibar bagi diriku ini
Apalah diharap nikmat duniawi
Janji Allah kekal Abadi
Moga Allah menambah ilmu ku lagi menjadi panduan pimpinan syurgawi.
Amin.
Nukilan ; An Nur, 22 April 2012
Kepong, Kuala Lumpur. Malaysia
................. An Nur (Groping Light) ..................
No comments:
Post a Comment