Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)
Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.
ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT
Thursday, June 28, 2012
Islam Indah
Jika kita mentaati perintah Allah dan RasulNya.
Jika kita tidak menghayati dan memahami
Bahawa setiap perkara yang berlaku itu punya pendidikan dan petunjuk
dan punya hikmah di setiap kejadian
dan apa yang Tuhan kurniakan disekitar kita
Tetapi kita adalah manusia yang lalai
Kita juga manusia yang lupa
Bahawa Syaitan itu sering menggoda
Tanpa kita sedari
Kita tidak berjuang dalam mengejar kenikmatan dan keindahan Islam
Kita tidak melawan bisikan Syaitan
Kita selalu mengikut perasaan
Kita sering lupa bahawa "practice make perfect"
Semua perkara dalam hidup ini perlu kita sentiasa ulang-ulangkan
Agar ianya sebati dalam hati dan jiwa
Bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa"
Cubalah amalkan satu zikir dan yakin kenikmatan zikir tersebut
Pasti kita akan dapat lihat keindahannya
Dalam islam seharian, pelbagai amalan yang kita sering ulangkan setiap hari
Tetapi kita tidak ulangkan dengan penuh keyakinan
Kita hanya melaksanakan sekadarnya
Sebagai tanda kita juga Islam
Iman itu berat, Berat umpama ujian dan dugaan
Iman itu dibawa dengan keredhaan dan keikhlasan.
Mana kita nak dapatkan keikhlasan dan keredhaan itu?
Bermohonlah kepada Allah yang maha Esa
Syukurilah nikmat Tuhan, agar kita mensyukuri takdir dan ketentuanNya.
Mari renungkan bersama ... bermula dengan melihat anggota. Kenali diri mu, maka kamu mengenali pencipta Mu. (",)v nikmatinya. Semoga Allah menyuluh cahaya ilmu.
Catatan An Nur , 28hb Jun 2012
Kepong, Kuala Lumpur Malaysia
No comments:
Post a Comment