Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Wednesday, June 27, 2012

Mencari Cahaya

Mencari cahaya yang telah kelam
Mencari rentak yang telah retak
Mencari kekuatan yang telah lemah
Mencari hidayah yang telah menghilang

Mula merangkak membenam diri
Mencari iman yang tenggelam timbul
Lemah diri dizalimi sendiri
Dibuai leka dan kelalaian dunia

Satu-satu mula ku kutip 
Bagai mengutip serpihan kaca yang hancur berderai
Bagai pasir memutih dan berdebu
Berhati-hati dan penuh kesabaran

Betapa sayu hati melihat
Menangis tiap cantuman yang berkecai
Betapa nafsu menzalimi diri
Merosak jiwa punah dan ranah

Kedamaian berombak-ombak
Mula menghempas keamanan jiwa

Moga Allah menerima cantuman diri
Moga Allah menerima kekesalan ini
Moga Allah memberi petunjuk diri
Moga Allah memberi cahaya abadi

Sesungguhnya Allah menyayangi makhluknya yang mengingatiNya. (^_^)v

~Nukilan ; An Nur (Groping Light)~
11hb Jun 2012, Kepong Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment