Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Wednesday, June 27, 2012

Rukun Islam

Indahnya Islam & Iman
Indahnya salam & kemaafan

Kebahagiaan di atas keredhaan
Kebahagiaan di atas kesederhanaan
Kebahagiaan di atas keikhlasan

Berdoalah dengan syahadat
Berdoalah dengan solat
Berdoalah dengan puasa
Berdoalah dengan zakat
Berdoalah dengan haji dihati

Rasailah keimanan disetiap denyut nadi
disetiap nafas berhembus
Allah dan rasul sentiasa dihati
menjadi panduan dan dorongan 
Memberi motivasi dalam kehidupan

Semoga kita diberi rezeki kedamaian, yang diredhai dan diberkati. Amin (",)v

Catatan An Nur 
26hb Jun 2012, Kepong Malaysia

No comments:

Post a Comment