Sharing to Jannah - Ustazah Norhafizah
Musa
25hb Mei 2014
Kuliah Muslimah Masjid Negara
3 aspek yang paling penting mencapai kebahagiaan:-
- 1. Jiwa
yang mentauhidkan Allah
- 2. Selawat
ke atas Nabi Muhammad SAW
- 3. Hubungan
dengan Al-Quran
Hati yang menggerakkan perubahan. Rasa
bahagia terletak pada hati. Hati yang bahagia bermula dengan jiwa tauhid.
Ikhlas beribadah kerana Allah
Setiap apa yang kita lakukan, adalah
ibadah. Kerja itu ibadah. Menjadi seorang isteri, ibadah. Menjadi ibu, ibadah.
Pahala sentiasa mengalir sepanjang kita melaksanakan tugas-tugas seorang
isteri/ibu.
Isteri/Ibu adalah martabat yang Allah
nak muliakan.
Apakah lepas berkahwin kita menjadi
semakin sakit hati?
Apakah selepas menjadi ibu, hati kita
semakin parah? Sakit hati dengan kerenah anak?
Anggaplah setiap kerenah anak, segala
kesusahan yang dilalui dalam menjalankan tugas adalah taqdir dan hikmah Allah.
Melalui halangan tersebut, ada kesempatan untuk kita tanam ketauhidan terhadap
Allah. Meyakini setiap perbuatan yang dilakukan kerana Allah, pasti ada
ganjaran dari Allah. Kerana yang Allah pandang adalah usaha kita dalam mencari
redha Allah, bukan hasil.
Bertanya Ummu Salamah kepada baginda
Rasulullah SAW (dalam satu riwayat yang panjang),
“Wahai
Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik
daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
“Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan
ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan
cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan
berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”
(riwayat
al-Tabrani)
Natijahnya, seorang wanita/isteri/ibu,
yang menjaga solat, puasa, ibadat, taat pada suami, melayakkan dia diisytihar
lebih baik daripada bidadari syurga. Perbandingan yang logiknya macam langit
dengan bumi. Tapi Subhanallah, betapa Allah mengangkat martabat wanita dunia
andai wanita itu, hatinya hanya mentauhidkan Allah. Melakukan segalanya ikhlas
hanya kerana Allah, untuk mendapat redha Allah.
Dan Allah juga tunjukkan supaya jelas
dalam membuat pilihan. Matlamat dan niat yang menunjukkan jalan tauhid.
Allah perintahkan Rasulullah SAW
supaya memberitahu isteri-isteri baginda. Pilihlah di antara perhiasan dunia
atau redha pada Allah.
Siapa/apa yang membuat pilihan?
Hati...hati yang memilih..Pilih antara
dunia dan redha Allah. Hati yang memilih redha Allah, disitu kunci kebahagiaan.
Isteri yang diuji dengan ujian dan
halangan dalam rumahtangga, jika pilih redha Allah, InsyaAllah, Allah bantu
hadapi ujian.
Kerana dalam hatinya ada tauhid...makanan/intipati
dalam jiwa.
Ibu yang diuji dengan pelbagai ragam
dan karenah anak, jika pilih redha Allah, akan jadi ibu yang lebih tabah, lebih
sabar. Sebab proses mendidik anak sebahagian dari taqdir. Bila kita didik anak,
niat kerana Allah, kita akan jadi pemaaf dengan anak. Beri ruang luas untuk
anak lalui kehidupan sendiri, jatuh bangun, buat silap dan bertaubat.
Kesan ketinggian tauhid..
Kisah Asiah isteri Firaun
laknatullah...
Isteri kepada orang yang sangat kejam
sehingga dilaknat Allah sampai bila-bila. Tapi Asiah dijadikan salah seorang
penghulu wanita di dalam syurga selain Maryam binti Imran, Khadijah binti
Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad. Kalau dikisahkan tentang sakit hati,
makan hati seorang isteri, Asiah saaaaangat makan hati dengan Firaun. Asiah
sedih kerana Firaun bunuh anak-anak lelaki, mengaku dirinya tuhan sedangkan
Asiah sedar siapa sebenarnya Tuhan yang layak disembah, menzalimi, menghina
serta menjatuhkan maruah wanita.
Tapi jiwa tauhid Asiah yakin hanya
Allah yang patut disembah. Kebahagiaan Asiah terletak pada pengharapannya
kepada Allah sehingga doanya dirakamkan didalam Al-Quran.
“Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah
rumah di sisi-Mu dalam syurga.”
(at-Tahrim:11)
Kekuatan jiwa tauhid Asiah menjadi sebab
musabab kelansungan dakwah Nabi Musa a.s. Begitu juga kekuatan jiwa tauhid
Maryam, menjadi kelansungan dakwah Nabi Isa a.s, dan kekuatan jiwa tauhid
Khadijah yang membantu dakwah Rasulullah s.a.w.
Fikir balik..
Apa sebenarnya yang kita harap dalam
hidup?
Kita mendidik anak kita mengaharapkan
apa?
Kita kerja, kita mengharapkan apa?
Pujian orang? Malu dengan orang?
Atau kita mengharap redha Allah semata?
Untuk elak stress, kita pilih redha
Allah ;)
Amalan untuk mencuci hati supaya
mentauhidkan Allah
Orang yang berselawat kepada Rasulullah
SAW, di dunia dia mendapat kecintaan Allah kerana mencintai kekasih Allah. Di
akhirat kelak dia akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.
Selain itu, orang yang banyak
berselawat, diberi jaminan jalan keluar dari masalah, kesempitan hati serta
dimurahkan rezeki. Juga dinampakkan cahaya berseri-seri pada wajah.
Amalan yang sangat mudah, tak perlu
modal, tapi sangat susah nak istiqamah asbab penyakit kekotoran hati.
Seperti kata Imam Ghazali, hati yang
kotor umpama rumah yang dipenuhi asap.
Dalam asap, jerebu, pandangan kita jadi
kabur, jarak penglihatan kita terhad.
Begitu juga hati. Hati yang kotor, kita
tak nampak agenda/persoalan besar dalam hidup seperti mati, alam barzakh, hari
akhirat dan keistimewaan berselawat ke atas nabi.
"Innallaha wa malaikatahu yusholluna
'alan nabi. Ya ayyuhalladziina amanu shollu 'alaihi wa salamu taslima"
"Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w).
Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah
salam dengan penghormatan kepadanya"
[Al-Ahzab: 56]
Allahuakbar...
Allah berselawat ke atas Nabi..Para
malaikat berselawat ke atas Nabi..
Takkanlah kita taknak
berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW??
Al-Quran akan menjadi peneman di alam barzakh. Andai kita mujahadah, bersusah
payah hendak berdamping dengan Quran, membaca Quran, begitu juga Al-Quran akan
bersusah payah menemani dan menerangi kita di alam barzakh kelak.
Jom cukupkan 6 pakej
untuk menjadi Ahlul Quran.
Ya Allah, rahmatilah
kami dengan Al-Quran..
Semoga ilmu ini menjadi
ilmu yang bermanfaat.
Semoga kita semua
sentiasa di dalam redha Allah.
No comments:
Post a Comment