Melihat fenomena zaman kini,
begitu ramai orang yang bukan hanya daripada kalangan muda, tetapi juga sudah
berumur di negara Muslim yang mengabaikan solat. Adakah masih ada pada zaman
moden ini orang yang bersedih hati dan menangis melihat anak serta keluarga
tidak solat?
Anas bin Malik ialah sahabat
Rasulullah SAW yang terakhir wafat. Beliau mempunyai usia yang panjang (99
tahun) sehingga mengetahui ada orang mengabaikan solat selepas sekian lama
Rasulullah SAW wafat.
Az-Zuhri berkata, “Saya datang kepada
Anas bin Malik di Damsyik, kebetulan beliau sedang menangis. Lalu saya
bertanya: Mengapa engkau menangis? Dia menjawab: Aku tidak tahu apa lagi amal
yang aku dapati pada zaman Nabi Muhammad yang masih diambil berat orang
sekarang selain solat itu pun sudah disia-siakan mereka.”
Ibu bapa tak hirau anak abai
solat
Kenyataannya, apa yang berlaku
dalam kebanyakan masyarakat kini bukan hanya sekadar tidak peduli, bersedih dan
menangis, malah mereka (ibu bapa) tidak menghiraukan anak membiarkan waktu solat
berlalu begitu saja tanpa melaksanakannya.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri,
Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang satu generasi sesudah 60 tahun, mereka
melalaikan solat dan menurut hawa nafsu, maka orang ini akan menemui kecelakaan
dan kerugian. Kemudian datang lagi satu generasi, mereka membaca al-Quran,
tetapi hanya di mulut saja (tidak masuk ke hati), dan semua membaca al-Quran,
orang Mukmin, munafik, jahat dan fasik (tidak dapat lagi dibezakan mana orang
mukmin sejati dan mana orang yang berpura-pura beriman).” (Riwayat Ahmad, Ibnu
Hibban dan al-Hakim)
# Petikan kata-kata Ustaz Zul Ramli (Usrah Nurani) : Bukan mereka ini tidak ingin bersolat tetapi, Allah tak ingin mereka mendekati Nya. Jom bersihkan diri, sucikan hati... belajar mendekati Nya. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja .... sedangkan kita menikmati nikmatNya hampir setiap denyut nafas ....
# Tersentuhlah wahai hati : Allah tak ingin kamu mendapat kebaikan daripada Nya - kerana tidak berusaha mendekati Nya. Berusahalah dengan mulanya rasa terpaksa. Terpaksa akan memberi rasa biasa kelak.... Moga semua yang membaca akan bertambah keimanan dan diberi cahaya petunjuk oleh Allah swt. Amin
No comments:
Post a Comment