Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Thursday, February 23, 2012

Makanan Kesihatan dan Kecerdasan

Amalan pemakanan dan minuman yang baik untuk kesihatan dan kecerdasan

KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan yang istimewa dalam islam dan mempunyai sejarah yang unik. Telah dipercayai bahawa Allah menjadikan kurma dari lebihan tanah ciptaan Nabi Ada a.s. Pokok kurma sangat istimewa kerana ia disenyawakan oleh tangan manusia. Buahnya tidak berbau menyebabkan tiada haiwan yang cuba makan dan merosakkannya. Ia adalah anugerah Allah yang memelihara kesucian buah kurma. Ia adalah makanan yang paling ideal untuk tubuh manusia.

Khasiat kurma.

  1. Makan kurma mengurangkan risiko serangan ahmar dan boleh menyebabkan denyutan jantung teratur dan darah menjadi stabil.
  2. Kurma adalah makanan yang paling cepat proses bekalan tenaga yang tinggi.
  3. Kandungan gula yang mudah diproses menggalakkan keperluan tenaga yang diperlukan sel-sel otak, sel-sel saraf, sel darah merah dan sel tulang sum sum.
  4. Baik untuk usus.
  5. Kandungan nutrisi yang cukup untuk perkembangan otak.
  6. Vitamin A, B1 dan B2 dalam kurma mampu menenangkan saraf.
  7. Kandungan magnesium melambatkan penuaan.
  8. Kandungan serat adalah pencuci perut untuk mencegah sembelit dan gangguan pencernaan.
  9. Hormon dalam kurma boleh mencegah pendarahan dalam rahim.
  10. Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis.
  11. Kurma menyihatkan wanita hamil, memanaskan badan dan memudahkan wanita bersalin.
  12. Kurma membentuk minda kanak-kanak yang sihat, penyabar, sopan santun dan pemikiran cerdas.
  13. Kurma adalah makanan yang dapat membentuk peribadi mulia.
  14. Kurma merangsang penambahan kandungan susu ibu yang menyusukan anak.
  15. Memakan kurma sebelum sarapan pagi mampu mematikan cacing di dalam perut.

MADU LEBAH

Khasiat madu dijelaskan dalam banyak hadi Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu. 1000 ubat masuk ke dalam perut dan sejuta penyakit akan keluar darinya. Nabi juga pernah berkata; Siapa yang ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu.”

Dalam kitab yang ditulis Abdul Rahman Al-Juza menyatakan: “Hendaklah kamu mengambil madu kerana ia baik untuk ingatan”.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Allah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikan sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi.”

Mengapa madu begitu istimewa?

  1. Madu ialah salah satu minuman di Syurga.
  2. Madu makanan yang bersih yang keluar dari perut lebah yang makan bunga dan buah-buahan sahaja.
  3. Ia tahan lama.
  4. Terjamin khasiat dan keselamatannya.
  5. Madu adalah makanan yang disukai pinggang dan hati.

Khasiat madu:

  1. Kaya dengan bahan anti oksidan untuk mencegah kanser.
  2. Sumber tenaga tenaga asli yang amat baik untuk meningkatkan kekuatan otot dan menambah tenaga.
  3. Meningkatkan kadar pertumbuhan sel sel baru dan mencantikkan kulit.
  4. Menyembuhkan luka
  5. Merawat penyakit mata
  6. Merawat penyakit hidung.
  7. Antibiotik yang sangat berkesan
  8. Menstabilkan gula dalam darah.

SUSU KAMBING

Susu kambing adalah susu yang paling digemari oleh Rasulullah. Semasa peristiwa Israk Mikraj, malaikat Jibril telah menyediakan 3 minuman iaitu, arak, madu dan susu kambing. Nabi telah memilih susu kambing.

Susu kambing mengandungi nutrient semula jadi yang seimbang dan lengkap kerana kaya dengan protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Orang Yahudi terkenal sebagai orang yang bijak di dunia mengamalkan susu kambing dalam diet harian mereka.

Khasiat dan Kelebihan Susu Kambing:

  1. Ia mujarab bagi rawatan gastric dan ulser.
  2. Mencegah penyakit diabetis.
  3. Mampu melawan virus yang membawa penyakit.
  4. Sangat mujarab untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan susu lembu.
  5. Sangat baik untuk tenaga, merawat demam kuning, sakit kulit, sakit perut dan sukar untuk tidur.
  6. Susu kambing mencegah kanser.
  7. Susu kambing mempunyai PH alkali yang boleh menuetralkan sid berlebihan dalam badan. Kandungan tersebut dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, keletihan, sakit otot, sakit badan, sakit kepala dan meneutralkan lebihan asid dalam badan.
  8. Meningkatkan tenaga dan system pertahanan badan.
  9. Melambatkan proses penuaan dan mengurangkan inflamasi sendi.
  10. Potassium dan kalsium yang tinggi dan sodium yang rendah dalam susu kambing menjadikan tekanan darah normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  11. Ia mampu mencegah pembiakan organism yang merbahaya dalam badan.
  12. Susu kambing boleh mengelakkan sembelit.

KISMIS

Kismis kaya dengan serat. Zat besi yang terdapat dalam kismis membantu pembinaan darah yang membawa oksigen ke otak. Kismis dapat membekalkan tenaga dengan cepat kerana fruktosa mudah di hadam.

Nabi Muhammad s.a.w. berkata, biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu), menghilangkan lender, menyihatkan badan, mencantikkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih. Nabi menjelaskan barangsiapa memakan kismis merah 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit.

Amalan untuk menguatkan ingatan ialah bersugi, minum madu dan memakan 21 biji kismis kering setiap hari dengan cara dikemam.

Kelebihan Kismis:

  1. Menguatkan daya ingatan.
  2. Membantu mengurangkan tekanan.
  3. Meningkatkan kefahaman dan minat belajar.
  4. Menajamkan penglihatan dan minda.
  5. Mengelakkan sembelit.
  6. Melawan bacteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
  7. Merangsang minda.
  8. Mengurangkan tekanan darah.
  9. Mengurangkan risiko strok.
  10. Baik untuk kesihatan tulang.

HALIA

Halia disebut di dalam Al-Quran dalam surah al-Ihsan ayat 17 yang bermaksud: Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang dicamputnya dari zanjabil (halia).

Khasiat Halia:

  1. Menguatkan Ingatan
  2. Melancarkan peredaran darah dalam badan.
  3. Membantu penghadaman dan memanaskan badan.
  4. Menguatkan urat saraf.
  5. Menghilangkan lender dan kahak.

LABU

Khasiat labudiceritakan di dalam al-Quran dalam surah al-Saffat ayat 146 iaitu ketika Nabi Yunus keluar dari perut ikan paus, dirinya dalam keadaan lemah dan tidak bertenaga. Allah yang berkuasa menumbuhkan sepohon dari sejenis labu berhampiran Nabi Yunus untuk memulihkan tenaganya.

Sabda Rasulullah, “Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal.” Baginda juga berkata buatkanlah ia berkuah, dianjurkan memasukkan labu kedalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

ZAITUN

Nabi Muhammad s.a.w. bersabdan : Makanlah buah zaitun dan pakailah ia untuk minyak. Sesungguhnya ia keluar dari pohon yang diberkati.

Khasiah buah zaitun dan minyak zaitun:

  1. Minyak zaitun mengurangkan kolestrol dalam darah.
  2. Minyak zaitun mencegah penyakit kanser.

BUAH DELIMA

Buah delima adalah antara buah yang kaya dengan zat besi yang terdapat dalam syurga. Dalam surah al-Rahman ayat 68, Allah berfirman :

Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima.



No comments:

Post a Comment