Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Tuesday, February 21, 2012

Surah At-Taubah ayat 128-129

Amalan dipermudahkan urusan duniawi:


[128] There has certainly come to you a Messenger from among yourselves. Grievous to him is what you suffer [he is] concerned over you and the believers is kind and merciful.
[129] But if they turn away, [o Muhammad], says, "Sufficient for me is Allah; there is no deity except Him. On Him I have relied, and He is the Lord of the Great Throne."

kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah:

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

  1. Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan - diperkuatkan iman.
  2. Kehinaan berganti dengan kemuliaan - dimuliakan keimanan
  3. Segala hutangnya dapat dijelaskan - mengelakkan kekufuran.
  4. Terhindar dari dukacita - mengelakkan kelemahan jiwa
  5. Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya - rezeki yang halal kejalan yang diredhai serta diberkati Allah
Wahai teman-teman pembaca. Sesungguhnya setiap amalan perlulah disertakan pengabdian yang ikhlas kepada Allah s.w.t. Percayalah bahawa Islam itu indah dan Allah itu hebat serta Muhammad Rasulullah itu, tiada tandingannya. Maka itu contohilah beliau. Besederhanalah dalam urusan Duniawi dan pertingkatkan lah ibadah bekalan Akhirat. Moga kita sentiasa tergolong dengan orang-orang yang beriman.


No comments:

Post a Comment