- Menghilangkan dari hati rasa takut kepada Allah SWT.
- Menghilangkan dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain juga sentiasa kenyang sepertinya.
- Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajipan agama yang telah Allah SWT fardhukan.
- Perut yang sentiasa kenyang hatinya tidak akan menerima sedikit pun kata-kata hikmah.
- Mereka yang perutnya sentiasa kenyang apabila menyampaikan ilmu, Allah SWT tidak akan membuka pintu hati para pendengarnya.
- Perut yang sentiasa kenyang adalah lubuk segala penyakit berbahaya.
- Hati menjadi gelap daripada menerima cahaya Allah.
- Badan menjadi mudah letih dan malas untuk melaksanakan tugasan.
- Melemahkan tumpuan.
Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)
Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.
ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT
No comments:
Post a Comment