Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Wednesday, March 28, 2012

Bahagian 2 Dialog iblis dengan Nabi Muhammad s.a.w : Iblis mengganggu umat Muhammad bersolat.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


“Wahai saudara, saudariku fahami dan kenalilah strategi iblis dan syaitan supaya kita selamat daripada perangkap dan tipu dayanya. Mereka adalah musuh kita yang nyata dan menyebabkan ramai manusia menjadi penghuni neraka.

Wahai Muhammad, diantara umatmu ada yang suka menunda-nundakan solatnya dari satu waktu ke waktu berikutnya. Setiap kali mereka hendak solat, aku mendekati mereka dan mengganggu mereka dengan mengatakan masih ada waktu, teruskan kesibukan mu. Lalu mereka menunda solat sehingga mendirikan solat bukan pada waktunya. Akibatnya, kepala mereka dipukul oleh solat yang sia-sia. (Ingatlah wahai sahabat, saudara dan saudari ku yang seiman dan seperjalananku, janganlah kita dibuai oleh bisikan kita dan akhirnya kita menzalimi diri kita tanpa disedari, kerana akhirat itu pasti dan syurga neraka itu akan menanti)

Apabila aku gagal menggoda mereka dan mereka tidak menundakan solat, aku mengutuskan syaitan dari kalangan manusia bagi mendatangi mereka ketika waktu solat tiba. Syaita-syaitan itu berusaha menyibukkan mereka sehingga mereka menundakan solat mereka (Berhati-hatilah sama ada kita ingin menjaga hati manusia atau kita tergolong daripada orang yang akan melakukan ibadah tetapi sia-sia).

Apabila strategi aku gagal, aku tinggalkan mereka sehingga mereka melakukan solat. Ketika mereka solat, aku bisikkan kepada mereka, tengok kanan, tengok kiri. Pada waktu itu aku usap wajah mereka dengan tanganku, kemudian berdiri dihadapan mereka dan berkata, “Engkau melakukan sesuatu yang tidak menjadikan solatmu baik untuk selamanya’.

Wahai Muhammad engkau mengetahui ramai orang melakukan solat sambil matanya melihat kekiri dan kekanan. Allah akan memukul muka mereka dengan solat itu. Sekiranya aku gagal membuat mereka melihat kiri dan kanan ketika solat, aku biarkan mereka solat. Kemudian aku datang kepada mereka yang sedang solat bersendirian, ketika itu aku memerintahkan mereka mengerjakan solat dengan tergesa-gesa sehingga solatnya seperti ayam mematuk makanan dan mereka segera meninggalkan solat.

Kemudian mereka yang solat berjemaah aku kalungkan rantai dileher mereka dan menarik kepala mereka agar melakukan rukuk dan sejud mendahului imam. Orang yang melakukan solat seperti itu akan terbatal solatnya dan pada hari kiamat Allah menggantikan kepalanya dengan kepala keldai.

Apabila usahaku turut gagal, aku memerintahkan mereka meramas-ramas jari mereka hingga berbunyi sewaktu mereka sedang solat. Itu bererti mereka bertasbih kepada ku. Apabila usaha itu masih gagal, aku tiup hidung mereka hingga menguap. Apabila mereka menguap tanpa menutup mulut, aku masuk dalam perut mereka hingga mereka menjadi rakus pada dunia yang penuh dengan pelbagai perangkap. Akhirnya mereka selalu mendengar dan taat pada perintahku.

Wahai Muhammad, bagaimana umatmu akan merasa bahagia? Aku memerintahkan orang miskin supaya tidak mendirikan solat. Aku bisikkan kepada mereka bahawa solat hanya wajib kepada orang-orang yang diberi nikmat kekayaan oleh Allah.

Aku bisikkan kepada orang-orang yang sakit supaya mereka meninggalkan solat. Aku katakana kepada mereka, solat bukan kewajipan orang yang sakit, solat hanya kewajipan bagi orang yang diberi nikmat kesihatan oleh Allah. Apabila engkau sembuh, barulah engkau melaksanakan solat. Dengan itu apabila mereka mati maka mereka akan mati dalam keadaan kafir dan meghadap kemurkaan Allah.

No comments:

Post a Comment