Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Hafiz ibn Qayyum menulis bahawa solat menjamin nafkah harian,menyihatkan kesihatan badan,menghilangkan penyakit,meneguhkan hati,memberi cahaya cahaya dan kecantikan pada wajah,menggembirakan ruhani,menyegarkan tubuh badan dari rasa malas,melegakan fikiran,memberi makanan ruhani, mencerahkan hati dan menjamin keredhaan ALLAH s.w.tIa menjadi pelindung pada hari Qiamat.Ia menjauhkan syaitan dari kita untuk mendekati ALLAH s.w.t.Pendek kata solat adalah satu jaminan bagi segala yang diidam-idamkan dan satu benteng bagi segala yang tidak diingini untuk jasad dan ruhani- sama ada di dunia maupun di akhirat.
Sebelum melaksanakan tuntutan solat, umat Islam perlu berwuduk sebagai lambang penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam. Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata: “Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh.
Dalam hasil kajian kedoktoran terbaru dinyatakan, perlaksanaan solat 5 waktu dalam seharian, ditambah solat sunat dengan khusyuk dan tawadhuk merupakan faktor alami terpenting dalam mengaktifkan hormon-hormon muda yang dikenali dengan nama hormon "milatonin". Bila aktif, hormon-hormon ini akan menunda penuaan. Selain itu, solat yang merupakan rukun islam kedua adalah ibadah kepada Allah s.w.t yang menunjukkan ketaatan hambanya kepadaNya yang di dalamnya terdapat keberkatan sebagaimana itegaskan oleh ilmu pengetahuan moden.
Para doktor terkemuka yang tekun beribadah mengetahui bahawa ketenangan hati, kebahagiaan, hilangnya kesedihan dan kegundahan hatinya merupakan sebab penting bagi kesihatan dalam menyembuhkan pelbagai penyakit yang dideritai. Perkara ini memang benar-benar terjadi. Ianya dapat dilihat dan dirasakan oleh orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, terutama solat pada waktu malam dan di subuh hari.
Khusyuk dalam solat menerangi hati, melapangkan dada, menenangkan jiwa dan ruh yang merupakan sebab bagi terbentuknya akhlak mulia dan pergaulan yang baik. Keceriaan diwajah, kesenangan di hati dan redha dengan ketentuan takdir dari Allah mengurangkan tekanan pada jiwa dan sekaligus merehatkan otot pada keseluruhan anggota. Anggota yang tenang mampu menunda penuaan.
Wahai saudara saudariku yang seiman, seperjalanan dan seperjuangan, marilah kita sama-sama meraikan kebahagiaan yang Allah berikan ini. Hargailah pemberiannya dengan penuh rasa kesyukuran dan kenikmatan. Sesungguhnya solat itu umpama melangkah kedunia kebahagiaan yang indah yang tiada tandingannya buat kita semua.
No comments:
Post a Comment