Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Nabi Muhammad mengingati kita bahawa syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintah manusia melakukan perbuatan yang mungkar. (Hadis Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Kumpulan manusia yang syaitan benci
Iblis berikrar dihadapan Allah, “Engkau menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalang manusia daripada jalanmu yang lurus. Kemudian pasti aku mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kanan, dari kiri, dari atas dan dari bawah. Engkau tidak mendapati kebanyakan daripada mereka itu bersyukur kepadamu”. (al_Araf ayat 16 hinggan 17).
Apabila Iblis diperintahkan oleh Allah bertemu Nabi Muhammad, Nabi Muhammad telah bertanya kepada Iblis, “Siapakah orang yang paling engkau benci?”
Iblis menjawab, “Dirimu, wahai Muhammad”.
Nabi Muhammad kemudian bertanya lagi, “siapa lagi yang kamu benci? “
Iblis menjawab :
- “Pemuda Muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatian hanya kepada Allah.
- Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subhat serta sentiasa bersabar.
- Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kekotoran iaitu, hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwudhuk.
- Orang fakir yang sentiasa sabar iaitu yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama 3 hari.
- Orang kaya yang bersyukur, iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan syariat.”
Tanda-tanda orang yang berjaya melawan syaitan
Orang yang berjaya melawan syaitan mempunyai ciri-ciri berikut:
- Dia segera jatuh cinta kepada solat. Dia berasa senang melaksanakan solat fardu dan solat sunat. Dia tidak melaksanakan solat sebagai kewajipan sebaliknya dia menganggap solat sebagai keperluan hidup yang utama, sama seperti makan dan minum.
- Dia tidak kagum dengan rakan dan saudara yang memiliki harta yang melimpah dan pangkat yang tinggi. Hatinya tenteram bersama zikir dan tasbih kepada Allah.
- Hatinya mudah tersentuh dengan saudara mahupun rakan rakan yang terjerat dengan kehendak nafsu dan timbul perasaan kasih kepada mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka agar diberi pertolongan oleh Allah.
- Pada suatu kehidupan Allah akan membiarkan hidupnya sendirian agar ia bergantung hanya kepada Allah.
No comments:
Post a Comment