Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Tuesday, March 27, 2012

Terapi solat Bahagian 1: Manfaat Solat Bagi Badan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Manfaat solat diperolehi daripada pergerakan, tatatertib bacaan, penumpuan sepenuh jiwa dan kebahagiaan rohani bagi orang yang melaksanakannya.

Solat merupakan santapan jiwa, kekuatan badan dan kecerdasan akal secara bersama. Solat memberi kekuatan yang diperlukan manusia untuk melangsungkan pelbagai kegiatan hidup. Solat merupakan pencegahan sekaligus ubat. Manfaat solat seperti ini boleh dirasakan seseorang apabila dia selalu menjaga solatnya. Oleh kerana itu, dia tidak perlu nasihat doktor untuk melakukan sukan untuk menguruskan badan atau sebagainya. Ini kerana solat adalah latihan yang baik selama dia melakukan gerakan solat dengan cara yang betul dengan penumpuan yang tinggi.

Diantara manfaat solat bagi badan dan semua kumpulan manusia, adalah seperti berikut:-
  1. Membaguskan perbuatan hati
  2. Melapangkan pembuluh darah dan urat sendi serta mengaktifkan sel.
  3. Mengaktifkan fungsi pencernaan dan mencegah tersendatnya makanan di kerongkong.
  4. Mengatasi gangguan pada saraf dan sukar tidur malam.
  5. Menambah antibodi bagi orang yang sakit dan orang yang mengalami gangguan pada sendi tulang.
  6. Menguatkan otot-otot dan menambah lenturnya sendi tulang-tulang.
  7. Mengatasi mengeringnya cairan pada otot-otot dan sendi tulang-tulang serta menambah kekuatan ikatan tulang dan kelenturannya.
  8. Menguatkan semua anggota badan dan membebaskannya dari kelemahan.
  9. Badan menjadi kuat dan akal menjadi sihat.
  10. Menambah kekuatan dan semangat pada badan.
  11. Memperbaiki kerosakan pada badan dan mencegah pelbagai jenis penyakit.
  12. Menguatkan daya tumpuan dan daya ingatan.
  13. Mendapat sifat-sifat yang diharapkan, seperti berani dan gigih.
  14. Mendapat sifat perilaku akhlak yang baik, seperti disiplin, tolong-menolong, jujur, ikhlas dan berbagai sifat mahmudah yang lain.
  15. Bagi para ahli sukan, solat merupakan gerakan pemanas yang sangat utama bagi badan secara umum. Solat banyak memberikan bantuan bagi persiapan badan dan mental para pemain agar mereka lebih semangat terutama sebelum mula bertanding.
  16. Solat memberi tenaga pengganti yang disebabkan banyak kerja dan keletihan badan. Sebagaimana solat membantu pertumbuhan tulang disemua badan dan sebagai perantara mendapat rehat yang positif dan menjaga kesihatan badan.
Manfaat solat ini dapat dirasakan oleh semua orang yang melaksanakan, baik lelaki mahupun perempuan, tua, muda mahupun kanak-kanak. Oleh itu, manfaat solat itu sangatlah besar kepada orang yang melaksanakannya. Selain manfaat itu, mereka yang melaksanakannya juga mendapat pahala yang besar sebagaimana yang dijanjikan Allah kelak di akhirat.

Bukankah solat itu mendatangkan kebaikan kepada kita? Ia merupakan hadiah yang terbaik yang Allah telah kurniakan kepada seluruh umat manusia. Tetapi kenapa kita memilih untuk tidak melakukannya. Sedangkan ianya memberi lebih banyak manfaat dan tiada sebarang sebab untuk tidak melaksanakannya malah memberi kemudharatan kepada tubuh badan serta kehidupannya dan mendatangkan kemurkaan bagi Allah.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Wahai saudara saudariku yang seiman, seperjalanan dan seperjuangan, marilah kita sama-sama meraikan kebahagiaan yang Allah berikan ini. Hargailah pemberiannya dengan penuh rasa kesyukuran dan kenikmatan. Sesungguhnya solat itu umpama melangkah kedunia kebahagiaan yang indah yang tiada tandingannya buat kita semua.






No comments:

Post a Comment