Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Wednesday, March 28, 2012

Bahagian 1 Dialog iblis dengan Nabi Muhammad s.a.w. : Berbahagialah dengan keikhlasan kerana Allah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

“Wahai saudara, saudariku fahami dan kenalilah strategi iblis dan syaitan supaya kita selamat daripada perangkap dan tipu dayanya. Mereka adalah musuh kita yang nyata dan menyebabkan ramai manusia menjadi penghuni neraka.

Allah telah memerintahkan iblis , melalui malaikat Jibrail, menemui Nabi Muhammad dan memberitahu strategi hendak menyesatkan umat Muhammad. (Betapa Allah menyayangi kita semua sehingga memerintahkan iblis untuk membocorkan rahsia strateginya agar tidak menjadi ikutan umat Muhammad, tetapi masih ramai lagi yang ingin menjadi pengikutnya)

Dialog ini terkandung di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal daripada Ibnu Abbas.

“Kami, Ibnu Abbas dan sahabat Nabi Muhammad sedang bersama-sama di rumah seorang sahabat kaum Ansar. Tiba-tiba ada suara orang memanggil Nabi dari luar rumah, ‘Wahai penghuni rumah, adakah kamu izinkan aku masuk?’

Nabi bertanya kepada para sahabat, ‘Tahukah kamu siapa yang memanggil di luar?’ ‘Tentulah Allah dan rasulnya lebih mengetahu’, jawab para sahabat.

Nabi Muhammad menjelaskan, ‘Itu adalah iblis yang terkutuk. Semoga Allah sentiasa melaknatnya.’

Ummar al Khattab bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah engkau mengizinkan aku membunuhnya?’ (Betapa beradabnya Umar memohon kebenaran seorang Ketua membuat sesuatu yang benar-benar benar untuk dilakukan. Tidak pula dia bersikap menunjuk-nunjukkan kekuatan yang sedia kita ketahui bahawa Umar seorang yang tinggi jati dirinya dan ketegasannya dalam memperjuangkan Islam).

Nabi menjawab, ‘Bersabarlah wahai Umar. Tidakkah engkau tahu, kematian iblis itu tertunda sehingga batas waktu tertentu? Iaitu hari Kiamat’.

Kemudian Nabi Muhammad memerintahkan, ‘Bukakanlah pintu baginya kerana kedatangannya kesini adalah atas perintah Allah. (Disini kita dapat nilaikan bahawa makhluk Allah (iblis dan syaitan) yang paling terkutuk yang kita pasti dia akan menjadi ahli neraka yang kekal juga menurut perintah Allah. Inikan pula manusia yang sentiasa diberi peluang untuk bertaubat dan pasti akan diterima Allah masih lagi tidak mahu mengikut perintah Allah malah ada yang berlaku syirik, sesat dan malah ada yang sanggup mengaku Tuhan).

Iblis mengucapkan, Assalamualaika, ya Muhammad, asslamualaikum ya jemaah.’

Nabi menjawab, Asslamu lillah, ya lain’ yang bermaksud keselamatan hanya milik Allah, wahai makhluk terkutuk.’ ‘Aku dengar engkau ada keperluan dengan kami. Apakah keperluanmu, wahai iblis?’

Kata iblis, ‘Wahai Muhammad, aku datang kesini bukanlah atas kemahuanku sendiri tetapi aku kesini kerana terpaksa. Allah mengutuskan seorang malaikat kepada ku memerintahkan agar aku datang kepadamu.’ ‘Aku diperintahkan memberitahu

Bagaimana aku menggoda dan memperdaya umat mu Muhammad.

Bagaimana aku memujuk dan merayu umatmu

Aku diperintahkan untuk menjawab segala pertanyaan mu dengan jujur

Demi kebesaran dan keagungan Allah, apabila aku berbohong pada mu, Allah akan menjadikan aku debu yang dihempas oleh angin kencang.’

‘Wahai Muhammad, sekarang aku datang dengan membawa beban yang telah diperintahkan kepada ku, jadi tanyalah apa yang engkau inginkan. Sekiranya aku tidak menjawab secara jujur maka musibah bakal menimpaku. ‘Kata iblis.

Nab Muhammad mula bertanya “Siapakah orang yang paling engkau benci?”

Iblis menjawab, “Dirimu, wahai Muhammad”.

Nabi Muhammad kemudian bertanya lagi, “Siapa lagi yang kamu benci? “

Iblis menjawab :

  1. “Pemuda Muslim yang bertakwa dan mencurahkan waktu serta perhatian hanya kepada Allah.
  2. Orang alim yang warak iaitu orang yang menjaga dirinya daripada hal-hal yang haram dan hal-hal yang subhat serta sentiasa bersabar.
  3. Orang yang sentiasa menjaga kesuciannya daripada tiga jenis kekotoran iaitu, hadas besar, hadas kecil dan najis dengan berwudhuk.
  4. Orang fakir yang sentiasa sabar iaitu yang tidak mengeluh tentang kefakiran dan penderitaannya kepada orang lain selama 3 hari.
  5. Orang kaya yang bersyukur, iaitu orang yang mengambil kekayaan daripada apa yang dihalalkan Allah dan membelanjakan serta menyalurkannya sesuai dengan ketentuan syariat.”

Nabi Muhammad bertanya lagi, ‘Bagaimana keadaan dirimu apabila umatku melaksanakan solat?’

Iblis menjawab, ‘Aku terus gelisah dan gementar’.

Mengapa?, Tanya Nabi Muhammad

Iblis menjawab,

  1. ‘Sesungguhnya, apabila seorang hamba sujud kepada Allah satu kali, Allah menaikkan darjatnya satu tingkat.
  2. Apabila mereka berpuasa, aku terbelengu sehingga mereka berbuka puasa.
  3. Apabila mereka melakukan ibadah haji, aku menjadi gila.
  4. Apabila mereka membaca Quran, aku cair umpama timah yang dipanaskan.
  5. Apabila mereka bersedekah, sedekah itu umpama kapak yang membelah diriku menjadi dua’

Mengapa wahai Abu Muurah (gelaran iblis)?, Tanya Nabi Muhammad lagi.

Jawab iblis, ‘Ketahuilah wahai Muhammad, sedekah itu memiliki empat hikmah.


  1. Allah member keberkatan dalam hartanya.
  2. Allah menjadikan orang yang bersedekah disenangi dikalangan makhluknya.
  3. Allah menjadikan sedekah penghalang dirinya daripada api neraka dan
  4. Allah menjadikan sedekah itu penghalang daripada pelbagai bencana dan penyakit.’

Nabi Muhammad berkata, ‘Segala puji bagi Allah yang membahagiakan umatku dan mencelakakanmu sehingga waktu yang ditentukan.’

Iblis berkata, ‘Muhammad, tidak mungkin umatmu bahagia kerana aku akan tetap hidup sehingga hari Kiamat edangkan umat mu meninggal dunia. Aku mampu masuk kedalam tubuh mereka melalui darah dandaging sedangkan mereka tidak dapat melihatku. Demi Allah yang menciptaku menunda kematianku sehingga aku akan menyesatkan seluruh umatmu yang bodoh, yang pandai dan yang boleh membaca Quran, yang jahat, yang rajin beribadah, kecuali hamba-hambamu yang ikhlas.’

‘Siapakah hamba Allah yang ikhlas itu?’ Tanya Nabi Muhammad.

Iblis menjawab,


  1. Orang yang tidak mencintai dirham dan dinar (kekayaan duniawi).
  2. Orang yang tidak suka dipuji oleh sesama mereka.
  3. Orang yang hatinya tidak dibelengu oleh kesenangan duniawi.

(Mereka itu adalah orang yang ikhlas kerana Allah dan mereka itulah yang aku tinggalkan).

Hati orang yang mencintai dirham dan dinar selalu tertaut pada kesenangan dunia. Dengan itu, mereka pasti lebih mendengar kata-kataku dan taat kepadaku daripada taat kepadamu, Muhammad.’

Wahai Muhammad, adakah engkau tahu bahawa setiap kebohongan itu adalah dari kalanganku? Jerana aku adalah makhluk pertama yang berbohong yang Berjaya mengeluarkan Nabi Adam dari Syurga. Oleh itu, sesiapa yang berbohong adalah teman ku. Orang-orang yang bersumpah atas nama Allah padahal mereka berbohong, mereka itu adalah kekasihku. Sementara setiap perbuatan yang mengadu domba dan mengumpat itu adalah santapan dan kesukaanku. Setiap saksi duta adalah kesenanganku dan menyejukkan mataku.

Apabila seseorang bersumpah atas nama Allah untuk menceraikan isterinya, aku menggodanya sehingga dia mengucapkan lafas cerainya. Dengan demikian, haram baginya menggauli isterinya. Kemudia aku terus menggoda sehingga dia tetap menggauli isterinya hingga melahirkan anak dari perbuata zina itu. Akibatnya, seluruh keturunannya masuk neraka gara-gara ucapan talak yang dilafazkannya.

Bersambung Bahagian 2 Dialog iblis dengan Nabi Muhammad s.a.w. : Iblis mengganggu umat Muhammad bersolat.


No comments:

Post a Comment