Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Al-Quran adalah cahaya, petunjuk dan ubat bagi apa yang ada di dalam hati manusia. Al-Quran merupakan tali Allah yang kuat, cahaya-Nya yang jelas dan pegangan yang sangat dipercayai. Barang siapa beriman kepada Al-Quran akan mendapat taufik daripada Allah s.w.t. Barang siapa yang berpegang teguh padanya, maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang mengamalkannya, bermakna dia telah menjadi orang yang beruntung dan berjaya.

ISLAM ITU INDAH, ALLAH ITU TERLALU HEBAT

Wednesday, March 28, 2012

Bahagian 3 Dialog iblis dengan Nabi Muhammad s.a.w.: Soalan berkaitan teman dan kelemahan syaitan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

“Wahai saudara, saudariku fahami dan kenalilah strategi iblis dan syaitan supaya kita selamat daripada perangkap dan tipu dayanya. Mereka adalah musuh kita yang nyata dan menyebabkan ramai manusia menjadi penghuni neraka.

Wahai Muhammad adakah engkau masih berasa bahagia sedangkan aku dapat memurtadkan seperenam daripada umat Mu?

‘Wahai makhluk terkutuk, siapa teman duduk mu?’ Tanya Nabi Muhammad.

‘Orang yang suka makan riba’, jawab iblis.

‘Siapa teman dekat mu?’ Tanya Nabi lagi.

‘Orang-orang yang berzina’, jawab iblis.

Nabi terus bertanya, ‘Siapa teman tidurmu?’

Iblis menjawab, ‘Orang-orang yang mabuk.’

‘Siapa tamu mu?’ Tanya Nabi.

‘Para pencuri’, jawab iblis.

‘Siapa utusan mu?’, Nabi bertanya.

‘Para tukang sihir’

Nabi bertanya lagi, ‘Apa yang menyenangkan pandangan matamu?’

Iblis menjawab, Orang yang bersumpah dengan talak.’

‘Siapa kekasihmu?’ Tanya nabi.

‘Orang yang meninggalkan solat Jumaat’, jawab Iblis.

Wahai makhluk terkutuk, ‘Apa yang mematahkan tulang belakangmu?’ Nabi terus bertanya.

Iblis menjawab ‘ringkikan kuda yang pergi berperang membela agama Allah.’

‘Apa yang membuat hati mu panas?’ Tanya Nabi lagi.

‘Orang yang beristighfar kepada Allah pada malam dan siang hari’, jawab iblis.

Nabi bertanya, ‘Apa yang membuatkan kamu malu dan hina?’

Iblis menjawab ‘Orang yang merahsiakan sedekahnya.’

‘Apa yang mampu membutakan matamu?’, Tanya Nabi.

‘Orang-orang yang solat pada waktu sahur iaitu pada sepertiga malam terakhir’, jawab iblis.

‘Apa yang dapat menanggali kepalamu? ‘Tanya Nabi seterusnya.

‘Orang yang rajin mengerjakan solat berjemaah.’

Nabi bertanya lagi, ‘Siapa yang paling membahagiakan mu?’

‘Orang yang sengaja meninggalkan solat’, jawab iblis.

‘Menurutmu, Siapakah yang paling Celaka?’ Tanya nabi selanjutnya.

Iblis menjawab, ‘Orang-orang kafir.’

‘Apa yang mampu menyita pekerjaan mu?’ Tanya Nabi.

‘Majlis orang-orang alim dan amalan berzikir’, jawab iblis.

Nabi terus bertanya, ‘Bagaimana kamu makan?’

Iblis menjawab ‘dengan jari-jari kiriku.’

‘Dimana kamu berteduh dengan anak cucu mu ketika panas? ‘Tanya Nabi.

‘Di bawah kuku-kuku manusia’, jawab iblis.

- Bersambung Bahagian 4 Dialog iblis dengan Nabi Muhammad s.a.w. : 10 jenis keperluan Iblis dan Syaitan -


No comments:

Post a Comment